Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
kenali battersea power station
Gambar: JUSTIN TALLIS/AFP

Kenali Battersea Power Station, Mercu Tanda Milik Malaysia Di London

Sofea

Kenali Battersea Power Station, Mercu Tanda Milik Malaysia Di London

Apabila sebut mengenai London, pastinya kita akan membayangkan pelbagai lokasi dan bangunan ikonik yang menjadi perhatian masyarakat dunia. Antara yang sering dilawati adalah Trafalgar Square, Palace of Westminster dan Tower Bridge.

Selain itu, ada satu lagi lokasi yang turut menjadi perhatian kerana dibina sejak berdekad lamanya. Dikenali sebagai Battersea Power Station, ia merupakan mercu tanda dilengkapi dua cerobong yang terletak di tengah kota London dan berhampiran Sungai Thames.

Bagaimanapun, pasti ramai yang masih belum tahu bahawa bangunan bersejarah ini sebenarnya dimiliki oleh konsortium syarikat dan agensi kerajaan Malaysia.

Gambar: JUSTIN TALLIS/AFP

Sebelum kita telusuri lebih lanjut mengenai pemilikan Malaysia bagi bangunan yang kini menjadi pusat beli-belah itu, mari kita ketahui sejarah Battersea Power Station terlebih dahulu.

Sejarah Battersea Power Station

Untuk pengetahuan, dari tahun 1930-an hingga 1980-an, ia menjadi stesen janakuasa yang berfungsi sepenuhnya. Ketika tempoh kemuncaknya, ia menghasilkan satu perlima kuasa di London dengan membekalkan elektrik ke beberapa mercu tanda London yang terkenal seperti Dewan Parlimen dan Istana Buckingham.

Pembinaan rasmi bangunan ini dilakukan pada tahun 1929 yang menyaksikan Sir Giles Gilbert Scott iaitu pereka kotak telefon merah Britain menyertai projek itu. Ia dibina dalam dua peringkat melibatkan Battersea A dan Battersea B.

Peringkat pertama telah siap sekitar tahun 1935 dan dilengkapi dengan sepasang cerobong yang berketinggian 101 meter dari tanah.

Gambar: JUSTIN TALLIS/AFP

Manakala, peringkat kedua mula dibina pada tahun 1944 dan ketika ini stesen tersebut mula menjana elektrik. Tahun berganti tahun, stesen janakuasa itu telah siap dibina sepenuhnya pada tahun 1955.

Ia pernah diberi status Gred II oleh Historic England pada tahun 1980 disebabkan oleh kepentingan seni bina dan sejarah khas bangunan itu.

Ketika itu, ia terkenal dengan hiasan dalaman Art Deco yang unik dan mewah serta saiznya yang besar. Bagaimanapun, pada tahun 1983, bangunan itu ditutup dan berhenti menjana elektrik dan ia kemudian telah diberikan Gred II* yang disenaraikan pada tahun 2007.

Battersea Power Station ‘dihidupkan’ semula oleh syarikat dan agensi kerajaan Malaysia

Sejak penutupannya, banyak rancangan pembangunan semula telah dibuat tetapi tidak ada yang berjaya sehingga 2012 apabila pelabur Malaysia mengumumkan akan mengambil alih mercu tanda itu.

Menurut Bernama, bangunan bersejarah itu dimiliki oleh Sime Darby Property sebanyak 40 peratus, SP Setia (40 peratus), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (20 peratus) serta aset komersial dalam bangunan stesen janakuasa itu dimiliki secara langsung oleh Permodalan Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Sime Darby Property melalui laman web mereka berkata pembaharuan semula stesen janakuasa itu adalah sebahagian daripada strategi untuk meningkatkan kemampanan perniagaan mereka dalam pasaran antarabangsa.

kenali battersea power station
Gambar: JUSTIN TALLIS/AFP

“Ia menjadi lokasi kejiranan bercampur yang paling menarik dan inovatif di dunia, di mana rumah unik terletak di tengah-tengah kedai, restoran dan pejabat,” katanya.

Battersea Power Station yang bernilai £9 bilion (RM45 bilion) ini dibuka secara rasmi kepada umum pada 14 Oktober 2022. Ia dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketika itu, tujuh fasa utama telah siap sebanyak 60% dengan £5 bilion daripada jumlah nilai pembangunan kasar direalisasikan. Pembangunan semula ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2033.

Sejak dibuka, ia menarik perhatian ramai terutama apabila pengunjung dapat ‘menjelajah’ lebih 140 kedai, bar, restoran, tempat riadah dan hiburan, taman serta ruang bersejarah. Bukan sekadar membeli belah, semua boleh dilakukan di sini, jadi tidak hairanlah ia mencatat lebih 11 juta pengunjung selepas setahun beroperasi.

BACA: Kenali Datuk Kapten Izham Ismail, Tonggak Penting Di Sebalik Kejayaan MAG

Pusat beli-belah ini juga ‘dihuni’ oleh pelbagai jenama melibatkan fesyen, makanan dan banyak lagi. Ia juga dilengkapi dengan dewan makan seluas 20,000 kaki persegi, membolehkan orang ramai untuk menikmati hidangan kesukaan dengan selesa.

kenali battersea power station
Gambar: JUSTIN TALLIS/AFP
kenali battersea power station
Gambar: JUSTIN TALLIS/AFP

Kejayaan penjanaan semula Battersea Power Station ini dilaporkan telah mewujudkan 20,000 pekerjaan dan menjana peluang kerjaya jangka panjang untuk penduduk tempatan.

Lebih mengujakan, National Geographic telah menyenaraikan Battersea Power Station sebagai salah satu ‘Lokasi Budaya Terbaik’ di dunia. Menerusi satu artikel yang diterbitkan pada Januari lalu, National Geographic berkata Battersea Power Station menjadi salah satu lokasi yang wajib dikunjungi pada tahun ini.

Sumber: Battersea Power Station, Bernama, Astro Awani, Sinar Harian, National Geographic