Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Nampak Sama Tapi Berbeza, Kenali 3 Jenis Pasport Malaysia Yang Ramai Tak Sedar

Adib Haiqal
Jenis Pasport Malaysia
Kredit: Bernama

Nampak Sama Tapi Berbeza, Kenali 3 Jenis Pasport Malaysia Yang Ramai Tak Sedar

Dalam dunia yang semakin terbuka dan saling berhubung, perjalanan merentasi sempadan negara menjadi sesuatu yang lazim bagi urusan pendidikan, pekerjaan mahupun pelancongan.

Namun, di sebalik kemudahan itu, terdapat satu dokumen penting yang menjadi kunci utama setiap pergerakan antarabangsa, iaitu pasport.

Pasport bukan sekadar buku kecil yang dibawa ketika melancong, sebaliknya ia merupakan dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan sebagai bukti identiti dan kewarganegaraan seseorang individu.

Setiap maklumat yang terkandung di dalamnya memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran urusan imigresen di negara asing.

Di Malaysia, pasport dikeluarkan dalam beberapa kategori mengikut tujuan dan status pemohon, yang masing-masing mempunyai fungsi tersendiri.

Hari ini, SK ingin berkongsi penjelasan daripada Jabatan Imigresen Malaysia mengenai fungsi serta jenis-jenis pasport Malaysia.

Jenis & Fungsi Pasport Malaysia

Tahukah anda, pasport merupakan dokumen perjalanan rasmi yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai bukti kewarganegaraan seseorang?

Pasport Malaysia terbahagi kepada tiga jenis utama:

  • Pasport Biasa

Dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang layak bagi tujuan perjalanan antarabangsa.

  • Pasport Rasmi

Digunakan oleh pegawai kerajaan dan individu tertentu bagi urusan rasmi kerajaan.

  • Pasport Diplomatik

Dikhaskan kepada pegawai yang menjalankan tugas diplomatik dan consular affairs bagi negara.

Pasport bukan sekadar dokumen perjalanan, malah melambangkan identiti serta kedaulatan negara di persada antarabangsa.

Kredit: Jabatan Imigresen Malaysia via Facebook

Pasport Malaysia Lonjak ke Tangga Ke-6 Dunia, Bukti Keyakinan Global Terhadap Negara

Satu pencapaian membanggakan buat seluruh rakyat Malaysia apabila pasport negara kini berada di kedudukan ke-6 dunia, sekali gus melonjak naik daripada tangga ke-12 pada tahun sebelumnya.

Kenaikan ketara ini bukan sekadar angka dalam penarafan global, tetapi turut mencerminkan peningkatan keyakinan dunia terhadap Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil dan dihormati di peringkat antarabangsa.

Pencapaian ini turut membuktikan Malaysia terus mengekalkan reputasi baik di mata dunia hasil usaha berterusan dalam memperkukuh aspek keselamatan, pengurusan dokumen perjalanan dan perkhidmatan negara.