Siakap Keli

Pelajar Didakwa Tak Dapat Terima Teguran, Guru Agama Maut Ditikam Bertubi-Tubi Murid Sendiri

Seorang guru agama sekolah menengah di Manado, Sulawesi Utara (Sulawesi Utara), Indonesia diserang sebelum maut ditikam bertubi-tubi oleh muridnya sendiri. Pihak polis menerangkan bahawa insiden berpunca dari teguran yang diberikan oleh guru berkenaan kepada pelajar tersebut.

Suspek sebenarnya diminta untuk mengangkat beberapa buah plastik berisi tanah, setelah menyelesaikan tugasannya itu, dia terbabit ingin berehat sambil merokok namun perbuatannya itu tertangkap oleh guru itu.

Oleh kerana merokok di kawasan sekolah merupakan sesuatu tindakan yang dilarang, guru tadi bertindak menegur suspek.

“Guru agama datang untuk menegur pelajar itu, namun ternyata tegurannya membuatkan suspek yang tersinggung,” jelas pihak polis ketika diminta untuk membuat pengesahan.

Justeru, suspek terus pulang ke rumahnya yang tidak jauh dari situ dan mengambil sebilah pisau. Suspek kemudiannya menyerang mangsa sebelum menikamnya berkali-kali.

Setakat ini, suspek sudah ditahan polis dan mendakwa bahawa dirinya terlalu emosi sewaktu menyerang guru berkenaan.

“Ketika menegur saya, guru (mangsa) berkata ‘sila laporkan kepada ibu bapa jika saya tak dapat terima teguran’. Waktu itulah emosi terpancing untuk melakukannya.”

Sumber: Detik News

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)