Siakap Keli

Pemilik Hotel Tergamak Pukul Isteri Kerana Beri Makanan Percuma Kepada Lima Rakannya

Seorang pemilik hotel di Makassar, Indonesia di tahan kerana didakwa memukul isterinya. Menurut laporan, lelaki berkenaan mengamuk lantaran kesal dengan sikap si isteri yang memberi lima orang rakannya makan nasi goreng secara percuma.

“Rakan-rakan isteri suspek datang ke hotel, jadi wanita itu telah memberi makan rakan-rakannya nasi goreng. Namun yang membuat lelaki itu marah adalah kerana isterinya tidak meminta sebarang bayaran untuk makanan tersebut.” Kata polis.

Sebagai tuan rumah, si isteri berasa sepatutnya dia menghidangkan sesuatu untuk para tetamu tetapi si suami berfikiran sebaliknya. Baginya perbuatan itu merugikannya.

Sejurus sahaja mengetahui tindakan isterinya itu, lelaki berkenaan terus mengamuk dan memukul isterinya itu dengan menggunakan penyangkut baju.

Difahamkan wanita itu kini sedang dirawat di hospital dan mata sebelah kanannya tercedera.

Sumber: Makassar Kini & Detik News

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)