Siakap Keli

Semalam Hari Terakhir Uptown Danau Kota ‘Bernyawa’, Bakal Pindah Ke Kawasan Baru

Laporan notis mengenai peniaga dan penjaja di Uptown Danau Kota akan berpindah ke lokasi sementara pada 30 Oktober 2019 hari ini sudah dikemukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Pelesanan Dan Pembangunan Penjaja.

Siapa saja yang tidak kenal dengan Uptown Danau Kota, bukan sahaja penduduk sekitar malah orang luar juga sangat mengenali dengan suasana pada waktu malam di Kuala Lumpur.

Menurut milik akaun Twitter, Asal Gombak semalam adalah hari terakhir para peniaga mencurah bakti di tapak bazaar berkenaan.

Semalam adalah hari terakhir Uptown Danau Kota beroperasi sejak 2006 selepas menerima notis pengosongan tapak diberikan oleh DBKL. Lepas ini mereka akan berpindah di sebelah JPJ Wangsa Maju dan akan diberi nama Bazaria Wangsa Maju.

Bukan mudah untuk kita judge setiap keputusan yang dibuat sebab ianya mengambil kira dari semua pihak.

Semoga isu pemindahan tapak ini selesai, dan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Terima kasih, Uptown Danau Kota.

Sumber: Asal Gombak

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)