Siakap Keli

Ada Unsur Seks, Emoji Terung, Buah Peach Bakal Diharamkan Di Facebook Dan Instagram

Sejak semalam, pihak Facebook dan Instagram telah melakukan perubahan untuk mengemas kini kepada Standard Komuniti yang bertujuan untuk mengelakkan pengguna menggunakan emoji terung dan buah peach serta titisan air sebagai unsur seksual.

Ini kerana garis panduan Facebook itu bakal melarang dan mengharamkan kesemua jenis emoji tersebut kerana ia mendatangkan gambaran mirip tubuh badan manusia dengan ikon tersebut.

 

Kata pihak Facbook, mereka kaan menghadkan bahasa yang menggambarkan seksual dalam komuniti global. Terdapat komuniti antarabangsa yang berasa sensitif dan kurang selesa terhadap isi kandungan sedemikian sekaligus menyukarkan aktiviti komunikasi dengan rakan diplatform tersebut.

Emoji tersebut dikenali secara meluas yang menggambarkan terung sebagai penis/zakar dan buah peach seakan mewakili punggung.

Sumber: Mirror.Uk

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)