Siakap Keli

Enam Khasiat Lobak Merah Selain Bagus Untuk Mata Ramai Tak Tahu

Orang selalu berkata, “Makanlah lobak merahia baik untuk mata.” Tetapi adakah lobak merah hanya mendatangkan manfaat kepada mata?

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai sayuran berwarna oren ini, ikuti perkongsian artikel Hello Doktor ini.

Nutrisi lobak merah

Daucus carota merupakan nama saintifik bagi sayuran daripada keluarga ubi ini. Sayuran rangup dengan pilihan warna seperti oren dan putih (warna biasa yang terdapat dalam pasaran Malaysia) ini sering digunakan sebagai bahan dalam coleslaws, salad dan wrap. Carrot  karot) juga boleh digunakan dalam pembuatan pastri seperti kek dan mufin. Malahan ia juga boleh dijadikan sebagai jus yang berkhasiat.

Menurut U.S. Department of Agriculture (USDA), secawan lobak yang dipotong, seberat 128 gram (g), memberikan:

Kalori – 52

Karbohidrat – 12.26 g

Gula – 3 g

Protein – 1.19 g

Lemak – 0.31 g

Serat – 3.6 g

Vitamin A – 1,069 mcg (mikrogram) 

Vitamin C- 7.6

Kalsium – 42 mg (miligram)

Zat besi – 0.38 mg

Magnesium – 15 mg

Fosforus – 45 mg

Kalium – 410 mg

Sodium – 88 mg

Zink – 0.31 mg

Folat – 24 mcg

Vitamin K – 16.9 mcg

Secawan lobak merah sudah dapat membekalkan lebih 100 peratus purata keperluan harian  vitamin A individu lelaki dan wanita yang disyorkan elaun harian (RDA). Sayuran ini juga mengandungi pelbagai jenis vitamin B.

Kebaikan lobak merah

Jadi anda sudah mengetahui kelebihan nutrisi yang terkandung di dalam sayuran ini, apa kata kita lihat pula manfaatnya untuk kesihatan badan secara keseluruhan, okay? Berikut adalah beberapa kebaikan lobak merah yang mungkin akan menarik minat anda untuk mengambilnya dalam diet pemakanan harian anda.

  1. Penjagaan mata

Seperti yang semua sedia maklum, carrot sememangnya bagus untuk mata. Kandungan vitamin A dan B membantu mengekalkan tahap penglihatan mata pada tahap yang baik. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan anda mengalami rabun malam. Beta-karotena pula dapat melindungi mata daripada masalah degenerasi makular dan perkembangan katarak.

  1. Kecantikan kulit

Nak kulit cantik? Makanlah carrot. Ini kerana sayuran ini dapat membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari, terima kasih kepada vitamin A dan antioksidan. Ia juga membantu mencegah pertumbuhan jerawat, kulit kering, kedutan awal dan menjadikan kulit anda lebih cerah serta sihat. 

  1. Cegah kanser

Kandungan diet karotenoid membuktikan lobak mempunyai kesan antikanser. Ini kerana kandungan antioksidan dapat membantu mengurangkan radikal bebas dalam badan. Terdapat kajian yang mencadangkan kemungkinan wujud kaitan antara diet tinggi karotenoid dengan risiko kanser prostat yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, masih banyak bukti yang diperlukan untuk mengesahkan mengenai perkara ini. 

  1. Kuruskan badan

Tengah mencari jalan untuk mengurangkan berat badan? Pilihlah lobak merah. Ia dapat membantu mengurangkan berat kerana kandungan enzim yang dapat melancarkan pencernaan dan menghalang pengumpulan lemak dalam badan. Manakala kandungan serat di dalamnya akan membuatkan anda berasa kenyang untuk tempoh lebih lama. 

  1. Baik untuk perokok

Individu yang mempunyai tabiat merokok yang kuat, boleh mengamalkan untuk memakan carrot. Ini kerana kandungan minyak atrisi, rafanol dan rafarin dapat meneutralkan racun rokok. Manakala jus carrot pulak dapat membantu mengurangkan rasa sesak yang diakibatkan oleh terlalu banyak merokok. Mungkin tidak terdapat kajian yang boleh mengesahkan perkara ini, tetapi tidak salah jika anda mencubanya, bukan?

  1. Cegah kerosakan gigi

Mengamalkan pengambilan lobak dapat membantu dalam aspek penjagaan gigi. Ini kerana Daucus carota mempunyai peranan sebagai penghakis semula jadi yang boleh menyingkirkan kotoran yang terlekat pada gigi dan gusi. Malahan kandungan mineral di dalamnya dapat membantu membunuh kuman di dalam mulut. 

Jangan berlebihan

Yes, carrot memang baik untuk kesihatan, malahan sebenarnya terdapat pelbagai kelebihan lain yang ditawarkan sayuran ini seperti membantu mengurangkan kandungan gula dalam badan, menguatkan sistem pertahanan badan, mengurangkan kadar kolesterol dan lain-lain lagi.

Walau bagaimanapun, pengambilan secara berlebihan boleh menjadi toksik kepada manusia. Ia akan mengakibatkan muncul sedikit warna oren pada warna kulit. Tetapi ia tidak memudaratkan kesihatan. 

Individu yang mengambil suplemen tambahan berasaskan vitamin A, seperti isotretinoin (Roaccutane) untuk jerawat atau acitretin untuk psoriasis, perlu menghindari daripada memakan lobak dalam jumlah yang banyak. Ini kerana ia boleh menyebabkan hypervitaminosis A, iaitu dos vitamin A yang berlebihan.

Jadi, sebelum memulakan sebarang perubahan diet, anda disarankan untuk mendapatkan rundingan dan nasihat daripada doktor atau pakar pemakanan terlebih dahulu. 

Sumber : Hello Doktor

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra