Siakap Keli
Gambar: Yorkpress.co.uk

Nampak Macam Dekat, Tapi Rupanya Jauh Lagi, Ini Antara Sebab Cermin Sisi Nampak Lebih Dekat

Memandu kenderaan seperti kereta di atas jalan raya memerlukan tumpuan sepenuhnya bagi mengelakkan kemalangan jalan raya. Ketika memandu, pemandu perlu memastikan keadaan di sekelilingnya selamat sama ada di hadapan, sisi dan belakang kereta. Namun, kebanyakan pemandu mempunyai kesukaran untuk melihat bahaya yang mendatang daripada arah belakang kenderaan.

Disebabkan itu, cermin pandang belakang dan cermin sisi diciptakan bersama setiap kenderaan. Perkara ini supaya pemandu dapat melihat keadaan dari arah belakang kenderaannya. Namun, apabila melihat cermin sisi, apa yang didapati adalah pemandangan yang lebih dekat berbanding keadaan sebenar. Perkara ini sangat ketara terutamanya pada bahagian cermin sisi belah penumpang.

Gambar: Cartrade.com

Pemandangan cermin sisi pada belah penumpang nampak lebih dekat berbanding keadaan sebenarnya merupakan rekaan yang sengaja dibuat untuk mempengaruhi minda seseorang pemandu. Perkara ini adalah kerana pemandu mempunyai titik-titik buta yang lebih tinggi pada  bahagian penumpang. Disebabkan itu juga, cermin sisi bahagian penumpang di Amerika Syarikat diciptakan melengkung sedikit keluar bagi memaparkan pemandangan yang lebih luas.

Disebabkan itu, pemandu dapat melihat keadaan sebenar pada bahagian belakang kenderaan dengan jelas dan ternyata titik buta dapat dikurangkan. Berbeza pula dengan cermin sisi pada bahagian pemandu, cerminnya berbentuk rata dan juga menghasilkan gambaran yang lebih tepat disebabkan pantulan datang dari arah yang sama.

Walau bagaimanapun, cermin sisi sangat penting untuk digunakan oleh semua pemandu terutamanya ketika ingin menukar lorong. Oleh itu, kedudukan cermin sisi perlu sentiasa diselaraskan pada kedudukan yang betul.

Sumber : Mental Floss

syafiq halim

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.