Siakap Keli

(Video) Nak ‘Cilok’ Punya Pasal, Penunggang Tercampak Jauh, Kereta Sampai Terbalik

Menunggang motosikal di atas jalan raya sememangnya terdedah kepada risiko kemalangan yang lebih besar berbanding kenderaan yang lain. Bukan sahaja disebabkan fizikal jalan raya yang rosak, kemalangan yang melibatkan motosikal juga boleh disebabkan sikap pengguna jalan raya yang lain.

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di halaman Facebook We are Malaysians, satu kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta.

Insiden berlaku apabila kereta berwarna hitam itu dilihat sedang memotong kenderaan lain sebelum merempuh seorang penunggang motosikal. Akibatnya, penunggang tersebut terpelanting beberapa meter di hadapan.

Walaupun dirempuh dengan teruk, penunggang itu dilihat masih boleh berdiri di tengah-tengah jalan. Kereta tersebut pula terbalik selepas hilang kawalan. Keadaan penunggang dan pemandu kereta tersebut tidak dapat dipastikan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen lega dengan keadaan penunggang motosikal tersebut yang masih boleh berdiri walaupun dirempuh dengan kuat.

“Syukur alhamdulillah rider selamat”

“Moga pemandu motosikal itu selamat dan cedera ringan saja”

“Nasib penunggang motor tiada langsung kecederaan”

“Kenapa kereta tu tak terjun gaung tepi tu ja ? Senang hati maa kalau mati terus, takdalah orang lain jadi mangsa”

Sumber: We Are Malaysians

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra