Putrajaya – Ratusan pemandu lori berkumpul di beberapa kawasan seluruh negara termasuk di hadapan kompleks kerajaan di sini bagi melakukan tunjuk perasaan terhadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini.
Dalam demonstrasi berkenaan, mereka mendesak beberapa tuntutan antaranya penghapusan mata demerit dan menolak syarat baru pembaharuan lesen yang didakwa memerlukan pemeriksaan kesihatan.
Mereka juga meminta kerajaan agar menghargai sumbangan pemandu lori dalam sektor pengangkutan di seluruh negara.
“JPJ/APAD, saman kilang yang menaikkan muatan lebih dalam lori, jangan saman pemandu lori yang makan gaji seperti kami.” Ayat ini tertera pada salah satu kain rentang dibawa penunjuk perasaan.
31 Oktober 2019. Pemandu lori melancarkan mogok. Katanya mogok berlangsung di seluruh semenanjung
Posted by Galeri Lori Bas on Wednesday, 30 October 2019
Sementara itu, seorang pengguna Twitter berkongsi gambar mogok pemandu lori didakwa di Pulau Pinang.
Mogok Pemandu lori di Juru, Pulau Pinang.. pic.twitter.com/7yv4AamLf9
— Aman Shah ll (@AmanSha57615629) October 31, 2019
Isu ini mendapat perhatian netizen yang memberi respon masing-masing.
Barang tak dapat hantar
Sekecil-kecil peranan bagi sebesar-besar kesan pada industri
Selain itu, ada pengguna media sosial yang berkongsi paparan skrin mesej Whatsapp dipercayai kempen sebelum mogok berlangsung.
Sumber: Twitter, Galeri Lori Dan Bas