Siakap Keli
Kredit: Twitter/Facebook

(Video) Pemandu Lori Berkumpul Buat Mogok, Dipercayai Tak Puas Hati Syarat Baru ”Renew” Lesen

Putrajaya – Ratusan pemandu lori berkumpul di beberapa kawasan seluruh negara termasuk di hadapan kompleks kerajaan di sini bagi melakukan tunjuk perasaan terhadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini.

Dalam demonstrasi berkenaan, mereka mendesak beberapa tuntutan antaranya penghapusan mata demerit dan menolak syarat baru pembaharuan lesen yang didakwa memerlukan pemeriksaan kesihatan.

Mereka juga meminta kerajaan agar menghargai sumbangan pemandu lori dalam sektor pengangkutan di seluruh negara.

“JPJ/APAD, saman kilang yang menaikkan muatan lebih dalam lori, jangan saman pemandu lori yang makan gaji seperti kami.” Ayat ini tertera pada salah satu kain rentang dibawa penunjuk perasaan.

Sementara itu, seorang pengguna Twitter berkongsi gambar mogok pemandu lori didakwa di Pulau Pinang.

Isu ini mendapat perhatian netizen yang memberi respon masing-masing.

Barang tak dapat hantar

Sekecil-kecil peranan bagi sebesar-besar kesan pada industri

Selain itu, ada pengguna media sosial yang berkongsi paparan skrin mesej Whatsapp dipercayai kempen sebelum mogok berlangsung.

Sumber: Twitter, Galeri Lori Dan Bas

Amira

Love yourself.