Siakap Keli

Hampir ‘Give Up’ Masa Ayah Meninggal Dunia, Gadis Ini Akhirnya Berjaya Capai Ijazah Kelas Pertama

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam kesibukan para graduan berkongsi detik bahagia bersama keluarga tercinta, wanita ini berkongsi kehilangan orang tersayang.

Setiap manusia di muka bumi ini akan menerima ujian hidupnya, Tuhan Maha Adil, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Seperti juga cerita yang dikongsikan oleh wanita ini, melalui ciapan di laman Twitternya, Naajaa kehilangan seorang ayah sebelum tamat tempoh pengajiannya.

Menurut wanita yang dianugerahkan Kelas Pertama Ijazah dan Anugerah Naib Canselor dalam jurusan Statistik ini berkata, ayahnya sudah menderita penyakit kanser pada tahap ke 4 malam sebelum peperiksaan akhir sewatu dipertengahan semester.

Namun, Allah lebih menyayangi ayahnya, di mana ayahnya pergi sewaktu dia belum menghabiskan tempoh pengajiannya di sebuah universiti awam.

Dia juga sempat berkongsi satu pesanan ringkas melalui aplikasi Whatsapp daripada ayahnya sebelum ayahnya pergi mengadap Illahi.

Katanya lagi, ia hampir-hampir putus asa selepas kehilangan ayah tercinta. Namun, kata-kata semangat yang dilontarkan oleh arwah ayahnya membuatkan dia terus bangkit untuk mengejar cita-citanya.

Oleh itu, rata-rata warganet juga turut berkongsi rasa sedih dan terharu apa yang terjadi serta berasa bangga dengan kejayaan gadis ini.

Alhamdulillah tahniah awak atas kejayaan. Semoga kuat hadapi ujian kehidupan dimasa akan datang.

I nangis baca your abah punya text…. congrats sis!

Dia mesti bangga dengan kamu. Nak nangis!

Saya harap saya sekuat awak.

Sumber: Naaajas

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang