Siakap Keli

Kenapa Kucing Menggerakkan Punggungnya Sebelum Menerkam?

Jika anda salah seorang peminat kucing, pastinya anda suka melihat gelagat haiwan tersebut terutamanya ketika ia bermain. Antara gelagat yang boleh dilihat ialah kucing suka berlari dan menerkam sesuatu yang bergerak. Namun, sedarkah anda kebiasaannya kucing akan menggoyangkan punggungnya beberapa kali sebelum berlari dan menerkam. Tapi, mengapa perlu berbuat sedemikian terlebih dahulu ?

Menurut seorang ilmuan, Jogn Hutchinson, perilaku aneh ini bagi memberi kekuatan kepada kucing untuk bergerak dengan laju. Perilaku ini boleh diumpamakan seperti dalam istilah ‘pick up’ dalam pergerakan kenderaan seperti motosikal dan kereta.

Selain itu, Profesor Biomekanik itu juga berkata perliku itu adalah untuk memberikan kucing tersebut lebih bersedia bergerak dalam keadaan laju.

Ia seperti mempunyai deria untuk mempersiapkan visi, propiosepsi dan semua otot kucing yang diperlukan untuk menerkam.

Perilaku itu juga dianggap sebagai sesi untuk merengangkan otot kucing yang membantu untuk menerkam. Walau bagaimanapun, bukan hanya kucing yang melakukan perilaku aneh itu. Malah, harimau dan juga singa turut melakukan perkara yang sama.

Sumber: Kompas.com

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra