Siakap Keli

The Batman: Demi Jayakan Watak Batman, Robert Pattison Sanggup Belajar Jiu-Jitsu

Robert Pattison sah memgang watak Batman dalam filem terbaru arahan Matt Reeves yang dijadualkan ditayang pada pertengahan tahun 2021.

Pattison sedang berusaha menyiapkan diri untuk watak ini termasuklah belajar dari Rigan Machado, pemegang tali pinggang merah dan hitam jiu-jitsu Brazil yang mana orang yang sama yang turut melatih Keanu Reeves untuk semua filem John Wick.

Machado ada memuat naik gambar bersama Pattison di gimnya The Academy Beverly Hills dengan caption “Batman is coming”.

Brazillian jiu-jitsu mengutamakan pertarungan lantai (ground fight), kuncian, serta cekikan. Banyak yang meremehkan bela diri ini sebelumnya, tetapi terbukti bahwa bela diri ini adalah salah satu yang paling efektif dan paling berbahaya yang mana menunjukkan Batman Pattison akan menunjukkan skil berlawan yang realistik.

The Batman akan ditayangkan pada Jun 25, 2021 dan Jeffrey Wright, Zoe Kravitz dan Paul Dano akan menyertai Pattinson sebagai Commissioner Gordon, Catwoman, dan The Riddler.

Sumber : IGN

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)