Siakap Keli

(Video) Rakaman Dua Individu Curi Ayam Dua ‘Shift’ Undang Amarah

Kes jenayah semakin hari semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat. Apa tidaknya, lebih banyak kerugian perlu ditanggung oleh mangsa jenayah terutamanya dalam kes kecurian. Kegiatan jenayah seperti kecurian perlulah dibendung agar tidak melibatkan kerugian yang lebih besar. Antara langkah yang boleh diambil ialah dengan memasang kamera litar tertutup, CCTV pada kawasan yang menjadi tumpuan jenayah.

Menerusi satu rakaman kamera litar tertutup CCTV yang dipasang pada sebuah reban ayam, satu kes kecurian ayam telah berjaya dirakamkan dan dikongsikan ke dalam laman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS.

Menerusi rakaman tersebut, dua orang individu dilihat berada di dalam reban tersebut bersama beg guni yang digunakan untuk memasukkan ayam kedalamnya. Setelah memuatkan beberapa ekor ayam ke dalam beg guni tersebut, ia kemudia dihulurkan kepada individu lain yang telah bersedia di luar reban.

Menjengah ke ruangan komen, seorang lelaki mendakwa bahawa rakaman kecurian itu adalah berlaku pada reban ayam milik ayah mertuanya. Menurutnya, jumlah kehilangan ayam yang dicatatkan adalah melebihi 50 ekor. Malah, kes kecurian itu juga turut berlaku pada waktu malam.

Rata-rata netizen juga nyata turut berang dengan tindakan individu tersebut yang tidak bertanggungjawab menjalankan kegiatan curi ayam.

“Ya Allah, ayam pun nak songlap.. dasar pemalas betul nak bekerja”

“Mesti dah selalu kena curi ni.. tu yang owner pasang CCTV”

“Masih berani mereka mencuri walaupun ada benda yang mengawasinya”

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra