Siakap Keli

Dah Lama Tiada Kekasih, ‘John Wick’ Pegang Tangan Alexander Grant Di Acara Karpet Merah Buat Netizen Teruja

Keanu Reeves, 55, pelakon serta penyanyi  berdarah Canada tidak pernah bersama dengan teman istimewa di karpet merah sepanjang 35 tahun berkecimpung dalam dunia seni hiburan.

Namun, pelakon terkenal itu dilihat berpegangan tangan di karpet merah LACMA Art + Film Gala yang berlangsung di Los Angeles baru-baru ini. Menerusi acara itu, Keanu berpegangan tangan dengan kekasihnya, seorang pelukis, Alexandra Grant, 46, yang hadir menggayakan gaun berona biru gelap.

Sebelum ini bintang The Speed ini pernah menjalinkan hubungan dengan Jennifer Syme, namun Jennifer maut akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2001. Sejak daripada itu, Keanu tidak pernah dilihat bersama mana-mana wanita.

Keanu pernah berkolaborasi dengan Alexandra dalam buku yang bertajuk Ode To Happiness dan Shadows.

Sumber : Dailymail.uk

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)