Siakap Keli
Gambar: mothership.sg

Hatinya Sangat Mulia, Kisah ‘Uncle Steven’ Selalu Tolong Susun Kasut Jemaah Solat Jumaat

Masuk sahaja waktu solat Jumaat di Masjid Al-Mawaddah, kehadiran seorang lelaki Cina berkaki ayam yang sedang bermandi peluh menyusun selipar pasti akan ada.

Dengan niat yang baik iaitu mahu memperkemaskan perkarangan masjid tersebut buat para jemaah yang hadir, satu demi satu selipar dan kasut disusunnya dengan penuh teliti.

Gambar: BeritaHarian.sg

Bukan itu sahaja, setelah selesainya solat Jumaat, beliau akan turut membantu mengawal lalu lintas pula.

Steven Tan lee Meng, 55 tahun, yang juga lebih dikenali sebagai ‘Uncle Steven’ telah menjadikan kegiatan itu sebagai rutin mingguannya meskipun beliau bukan beragama Islam.

Menurut Encik Tan, beliau hanya berada di luar kawasan masjid dan mengelak daripada menjejakkan kaki ke ruang solat yang terdapat di dalam masjid sebagai tanda hormat.

“Rata-ratanya yang datang ke masjid dari tempat kerja atau dari rumah memakai kasut. Namun selepas itu, pasti ada yang hilang kasut atau tidak dapat mencarinya. Disebabkan itu, saya tolong susunkan untuk memudahkan mereka,” kata bekas juruteknik komputer itu.

Menurutnya lagi, membantu menjalankan amalan baik itu mendatangkan rasa kepuasan dalam hidup.

Beberapa jemaah masjid turut menegur sambil menghulurkan duit atau makanan kepada Encik Tan kerana perwatakannya yang ramah serta ringan tulang.

“Ada orang yang Ada juga yang beri duit pada saya, namun saja jelaskan pada mereka bahawa saya bukan buat semua ini untuk duit. Saya hanya sekadar ingin membantu sahaja.

“Mereka memberitahu pada saya jika tidak mahu ambil duit itu, dermakan saja di mana-mana,” ujar Encik Tan yang juga kerap menderma kepada Masjid Al-Mawaddah.

Beliau yang juga turut didiagnos dengan masalah mental khususnya Gangguan Bipolar, tinggal bersama dua abangnya yang turut mengalami masalah mental di kawasan Hougang.

Perkara ini turut disahkan oleh kakak Encik Tan sendiri iaitu Cik Tan Geck Kian, 59 tahun. Menurutnya, Encik Tan masih lagi menjalani rawatan di Institut Kesihatan Mental (IMH) dan pernah diwadkan di sana.
Sungguhpun begitu, salah seorang ahli jemaah tetap Masjid Al-Mawaddah, Shahrudin Rudin, 60 tahun, menyatakan bahawa Encik Tan tidak pernah kacau orang, sebaliknya dia bantu merapikan kawasan masjid agar terdapat ruangan solat yang lebih.

“Kalau dia tak ada, saya yang kena buat semua ini sendiri,” ujarnya.

Seorang lagi jemaah masjid tersebut yang bernama Syed Mohamed Bathushah adalah antara yang paling kerap memberi buah tangan kepada Encik Tan.

“Hati saya tersentuh bila melihat beliau, masih ada lagi orang macam ni dekat Singapura ni.

“Walaupun dia bukan beragama Islam dan mempunyai masalah mental, hatinya sangat mulia,” Katanya.

Sumber: BeritaHarian.sg (Singapura)

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.