Siakap Keli

Jangan Marah, Buli Staf McD Yang Pakai ‘Tag’ Ini, Mereka Anak Istimewa Yang Gigih Cari Rezeki

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perasan atau tidak kebanyakan restoran makanan segera mempunyai ramai pekerja ‘istimewa’. Inisiatif tersebut sememangnya perlu dipuji kerana tidak membezakan dan memandang rendah dengan keupayaan yang ada pada mereka ini.

Menerusi satu kiriman daripada laman Facebook, pemilik akaun ini Udey Ismail memberi satu nasihat kepada orang awam tentang kehadiran mereka sebagai pekerja di restoran tersebut.

Katanya, orang awam sepatutnya tidak akan melakukan sebarang tindakan tidak sopan kepada golongan tersebut.

Kalau datang ke McD mintak kerjasama jangan buli, marah, ramai yang tidak sedar akan kehadiran mereka ni.

Korang perlu lihat tag yang mereka pakai di dada, yang menandakan mereka ni adalah istimewa, maksudnya dengan penggilan sopan, anak-anak keperluan khas. Diorang nie lagi pembersih dari kita semua, tu sebab diorang tak boleh tengok meja kotor sikit, mesti duduk tak senang nak lap dan cuci, walaupun masih ada orang di meja, diorang nie akan rasa kurang senang dan perlu di segerakan kerja tu.

Kadang orang ramai kurang selesa dengan tindakan diorang nie, mesti akan ada ketidak puashati sebab budak pekerja ni sikit-skit nak cuci, kadang duk tengok hampa makan ka, support depa dengan cara makan minum tu tolong kemas sendiri ok.

Tidak lupa rakan sekerja yang normal, mintak jangan ambik kesempatan dengan kekurangan diorang. Terima kasih para pendidik guru-guru pendidikan khas dan ibubapa yang memberikan ruang pada anak-anak untuk berdikari.

Diharapkan ada lagi restoran-restoran yang dapat memberikan sedikit ruang pada anak-anak ni, inshallah akan bertambah rezeki tuan-tuan, paling penting faham keperluan dan sama-sama mendidik.

Sumber: Udey Ismail

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)