Siakap Keli
Kredit: Twitter/Bernama

Netizen Puji Kejujuran Gadis Cari Individu Didakwa Salah ‘Bank In’ RM2000 Untuknya

Seorang wanita mendakwa telah menerima RM2000 dari individu tidak dikenali yang dipercayai secara tidak sengaja memasukkan amaun tersebut ke akaun peribadi Maybank miliknya pada 4 November lalu.

Lantaran itu, beliau telah meminta orang ramai untuk mencari individu bernama Chandrakumar dengan harapan ahli keluarga atau kenalan lelaki berkenaan dapat menghubunginya untuk menuntut kembali wang tersebut.

Kredit: Mijah16_

Dah hubungi bank

Menurut rakannya yang menularkan perkara tersebut di laman Twitter, mereka telah menghubungi pihak bank dan pemilik wang tersebut namun tidak mendapat sebarang hasil.

“Niat baik nak tolong orang tu. Dah pergi bank, dah telefon banyak kali pemilik tapi tak jawab-jawab sampai sekarang. Mana tau dengan cara ni (viral) ahli keluarga dia atau sesiapa kenalan dia boleh hubungi kami,” katanya.

Disebabkan kejujuran mereka berdua, warga net meluahkan rasa kagum atas usaha memulangkan wang itu.

“.. Saya pernah tersilap bank in, tapi penerima tak nak respon.”

Sementara itu, ada netizen yang mengecam dan tidak bersetuju dengan tindakan mereka memviralkan di media sosial.

Media sosial banyak penipu

“Kalau aku ambik je”

“Dah cuba hubungi tak dapat, viral bukan niat nak tunjuk baik..”

 

Kena tunggu pendeposit sendiri buat laporan, bank tak boleh dedah maklumat pelanggan

Sumber: Mijah16_

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.