Siakap Keli
Kredit: Google

Percutian Bertukar Tragedi, Lelaki Dikhuatiri Maut, Tangan Dan Cincin Kahwin Ditemui Dalam Perut Jerung

Seorang perenang berusia 44 tahun dikhuatiri maut setelah dilaporkan hilang ketika berenang bersendirian di Hermitage Lagoon di Pulau Reunion, Sabtu lalu.

Menurut media antarabangsa, isteri mangsa telah melaporkan kehilangan suaminya apabila dia didapati tidak pulang ke rumah.

“Apabila dia tidak pulang, isterinya membuat laporan dan misi pencarian dijalankan melibatkan bot dan helikopter.

“Penyelam mencari mangsa berhampiran terumbu karang manakala patrol di darat melakukan pencarian dengan anjing pengesan. Walaubagaimanapun, lelaki itu gagal dikesan,” kata sumber seperti dilaporkan Metro UK.

Lelaki tersebut dikhuatiri mati apabila saintis forensik menemui tangan yang putus dan besarung cincin kahwin di jari di dalam perut seekor jerung harimau bersaiz 10 kaki yang dibunuh kerana mengancam keselamatan. Ujian DNA bakal dijalankan ke atas tangan tersebut.

Bendera merah menunjukkan kawasan larangan manakala bendera oren memberi amaran kemungkinan kewujudan jerung. (Kredit: Metro.co.uk)

Sementara itu, saintis dari CSR Shark Safety Centre itu turut dimaklumkan mengenai penemuan sebentuk cincin perkahwinan didakwa sesuai dengan pengesahan isteri mangsa.

Menurut Metro UK, aktiviti air termasuk renang dilarang keras di kawasan berkenaan disebabkan serangan jerung yang sering terjadi.

Pada May lalu, seorang pelayar berusia 28 tahun maut setelah kakinya digigit jerung sehingga putus, meninggalkan badannya yang terapung berhampiran pelabuhan Saint-Leu. Ia merupakan serangan jerung ke-24 sekaligus menjadi kes kematian ke-11 di pulau tersebut sejak 2011.

Sumber: Metro.co.uk

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.