Siakap Keli
Kredit: The Ocean Cleanup

(Video)Dicemari Sampah-Sarap, Kapal Pemungut Sampah Dari Belanda Datang Tolong Bersihkan Sungai Malaysia

Sungai Klang dikenalpasti sebagai salah satu sungai yang paling kotor di Malaysia, bahkan menjadi salah satu daripada 1000 sungai yang menyumbang kepada 80 peratus pencemaran sampah plastik laut di dunia dengan kira-kira 15.3 ribu tan sampah mengotori sungai terbabit setiap tahun (The Ocean Cleanup).

Menurut The Ocean Cleanup, dari Belanda, sebanyak kira-kira 0.8 hingga 2.7 juta metrik tan sampah plastik dari darat telah mencemari laut setiap tahun melalui pembuangan di sungai yang disifatkan sebagai arteri bumi.

Titik merah mewakili sungai terkotor yang menjadi penyumbang 80 peratus kotoran di lautan manakala titik biru mewakili sungai yang menyumbang 20 peratus pencemaran ke laut.

Kredit: The Ocean Cleanup
Sungai Klang dicemari 15 ribu tan sampah setiap tahun. (Kredit: The Ocean Cleanup)

Masalah ini dikatakan boleh menjadi punca pelbagai spesies haiwan laut terancam bahaya berikutan lambakan objek plastik di lautan.

Kredit: National Geographic, Pew Trusts, Powerful Mind, Ocean Health Index, One Green Planet

Ekoran itu, badan NGO sains dan teknologi telah membangunkan satu penyelesaian untuk membersihkan sungai daripada pencemaran sampah menggunakan satu jentera berkuasa solar, The Interceptor.

Jentera ini berfungsi secara automatik untuk mengekstrak plastik di 1000 sungai terkotor di dunia, bermula dengan Malaysia dan Jakarta. Projek ini menyasarkan kejayaan pengurangan sebanyak 90 peratus sampah plastik di lautan menjelang 2040.

Jom tengok video proses pembersihan pertama menggunakan The Interceptor di Malaysia.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=EkQLwcYhBu4]

Sumber: The Ocean Cleanup

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.