Siakap Keli
Foto: Sinar harian , Aina Cookies

“Allah Pinjamkan Chaq Kat Ummi Sat Ja,” Hiba, Ibu Luah Anak Tak Sempat Jamah Bihun Sup Terakhir Sebelum ‘Pergi’

Ujian yang paling terkesan adalah kehilangan orang tersayang. Apatah lagi bila seseorang itu kehilangan insan yang bernama anak hanya sekelip mata sahaja. Walaupun ianya pahit, tetap jua ditelan dan redha.

Kehilangan anak yang menjadi harapan dan punca rezeki keluarga pergi meninggalkan ibu tercinta buat selama-lamanya hanya kerana kecuaian orang lain.

Mangsa kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah bas persiaran yang telah dilaporkan hari ini. Kejadian yang berlaku semalam, membuatkan ramai yang sebak.

(Video) Remaja Kerja ‘Part Time’ Hantar Pizza, Maut Dirempuh Bas Didakwa Hilang Kawalan

Bertambah sebak lagi apabila ibunya, Siti Hajar meluahkan rasa sedih dan redha di laman Facebooknya tentang kehilangan permata hati untuk selama-lamanya.

Ummi tak kuat Chaq…Chaq la nyawa ummi… Chaq la yang ajar ummi macam mana nak jadi seorang ibu… 

12.06.03 – 07.11.19. Perginya putera sulung ummi Muhammad Saifullah kepada penciptaNya. Ummi tak kuat Chaq. Chaq la nyawa Ummi. Chaq la yang ajar ummi macam mana nak jadi seorang ibu.

Terima kasih jadi anak yang baik untuk ummi. Jadi sahabat ummi. Walaupun ada masa Chaq tak larat tetap buat apa yang ummi suruh. Tidur la sayang ummi rehat la sepuas-puasnya.

Tunggu Ummi, abah dengan adik kat sana na, ummi redha dengan ketentuan Allah. Allah pinjamkan Chaq kat Ummi sat ja, 16 tahun 5 bulan.

Menurut laporan berita, jenazah Muhammad Saifullah selamat disemadikan di Masjid Bayan Lepas kira-kiranya jam 11 pagi tadi.

Katanya lagi, arwah tidak langsung menjamah masakan kegemarannya bihun sup yang telah dimasaknya. Namun, wanita ini redha dengan ketentuan Illahi.

“Dia tak jamah pun bihun sup yang saya masak. Saya masak tengah hari semalam, kebetulan saya cuti, jadi saya masak lah untuk kami sekeluarga. Selalunya arwah akan makan sebab bihun sup makanan kegemaran dia, tapi semalam dia terus keluar bekerja.

Rata-rata netizen juga meluahkan rasa hiba dengan pemergian anak Syurga ini.

“Tak sanggup nak baca…sebaya anak sulong saya”

“Menangis jugak saya bila anak bagi tau kawan sekolah adik meninggal ibu”

 

Sumber: Sinar Harian Aina Cookies

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang