Siakap Keli

Doktor Buang Satu ‘Keluarga’ Lipas Lepas Tak Tahan Ada ‘Benda’ Menyucuk Dalam Telinga

Satu insiden mengejutkan berlaku apabila doktor mengesan sebuah keluarga lipas yang ‘menginap’ di dalam telinga seorang lelaki. Semuanya bermula ketika lelaki berkenaan mengadu telinganya berasa sangat sakit ketika sedang tidur.

Keadaan tersebut telah membuatkan dirinya berasa tidak selesa. Selepas pemeriksaan dibuat, terdapat serangga lipas yang dikesan di dalam telinga kanan lelaki berkenaan. Malah, menurut pakar telinga, hidung dan tekak Zhong Yijin, terdapat lebih daripada sepuluh ekor bayi lipas.

“Dia mengadu telinganya sangat menyakitkan, seperti sesuatu yang menggaru atau merangkak di dalamnya. Ia menyebabkan banyak ketidak-selesaan.”

Walau bagaimanapun, Doktor Zhong telah mengeluarkan serangga kecil itu daripada telinga kanan lelaki berkenaan satu demi satu menggunakan sepasang pinset.

Lelaki berkenaan dilaporkan mengalami kecederaan ringan di dalam bahagian telinga kanannya. Walau bagaimanapun, dia telah diberikan krim dan selesai daripada rawatan pada hari yang sama.

Ekoran kejadian itu, pakar perubatan menasihati orang ramai untuk menjaga kebersihan agar perkara sedemikian tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Sumber: Mirror UK

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra