Siakap Keli

‘Craving’ Nasi Lemak, Mat Salleh Sanggup Menggembara 9,600 KM Dari Greece Ke Kuala Lumpur

Malaysia sememangnya dikenali dengan pelbagai jenis makanan yang juga menjadi ‘syurga’ kepada  food hunter bukan sahaja dari negara ini sendiri malahan dari luar negara juga.

Negara kita juga dipengaruhi oleh tradisi kepelbagaian budaya yang menambahkan lagi keunikan dan ‘rencah’ dalam makanan tersebut.

Salah satu makanan di negara ini yang menjadi kegemaran ramai adalah nasi lemak yang bukan sahaja dianggap sebagai sarapan malahan boleh juga menjadi hidangan untuk makan tengahari dan makan malam.

Menariknya, nasi lemak juga menjadi simbolik kepada Malaysia sendiri iaitu apabila pelancong atau warganegara lain berkunjung ke Malaysia, mereka pasti akan mencuba makanan ini terlebih dahulu.

Mungkin sukar untuk dipercayai namun ada seorang lelaki dari luar negara yang sangat suka kepada nasi lemak sehingga sanggup mengembara beribu kilometer dari Greece ke Kuala Lumpur.

Lelaki yang dikenali sebagai Darren Cronian merupakan seorang ‘youtuber’ yang suka menjelajah ke seluruh dunia termasuk Malaysia.

Melalui sebuah video yang dimuatnaik pada bulan lalu, Cronian berkata dia merancang untuk bercuti di Greece untuk beberapa bulan yang mendatang namun terpaksa membatalkan rancangan tersebut kerana terlihat satu gambar hidangan nasi di Instagram.

‘Saya bertolak dari Athens ke Singapura yang mengambil masa kira-kira selama 11 jam dan terus ke Kuala Lumpur selepas enam jam disitu,” katanya.

Walaupun penat kerana jetlag, Cronian sanggup mencari nasi lemak sebaik sahaja ‘mendarat’ di Kuala Lumpur.

Menurutnya lagi, nasi lemak merupakan hidangan pertama yang dimakan olehnya semasa kali pertama tiba di Kuala Lumpur beberapa tahun yang lalu.

Cronian gemar untuk tinggal dalam tempoh yang lama di sesebuah negara yang dijelajahnya dan memanggil malaysia sebagai ‘rumah’ kedua.

Sumber: Mashable Se Asia

Sofea

There's always another side to every story