Siakap Keli

Terperangkap Dalam Situasi Tembak-Menembak, PDRM Kongsi ‘Step’ Selamatkan Nyawa

Berhadapan dengan situasi tembak-menembak sudah pastinya mencemaskan ramai orang. Apa tidaknya, dikhuatiri tembakan yang dilepaskan mengenai diri sendiri sehingga boleh menyebabkan kecederaan malah turut boleh menyebabkan maut.

Ekoran kejadian jenayah yang dilihat semakin parah dalam masyarakat kita, pihak berkuasa perlu menggandakan usaha untuk membanteras kegiatan tersebut. Namun, dalam usaha tersebut kadang kala berlaku insiden tembak menembak antara penjenayah dengan pihak berkuasa. Apa yang membimbangkan, kejadian tembak menembak berlaku di kawasan yang kita kunjungi dan risau peluru yang dilepaskan meliar ke arah kita.

Disebabkan itu, pihak Polis Diraja Malaysia  (PDRM) ada berkongsikan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berdepan dengan situasi berkenaan.

Pengetahuan Keselamatan Diri, Selamatkan Nyawa

Apakah tindakan anda sekiranya berada dalam kawasan tembakan atau letupan berlaku? Bagaimana hendak menyelamatkan diri anda? Bagi tujuan ini, pengetahuan mengenai langkah-langkah perlindungan keselamatan peribadi adalah penting terutamanya dalam menghadapi saat-saat genting ini.

Justeru, langkah-langkah asas perlindungan keselamatan peribadi yang didemontrasikan kepada para media oleh Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PGA) , Ulu Kinta, Perak, yang diketuai oleh ASP Mat Shukor bin Yusof kepada pada 1 November 2011 bertempat di Markas SMART (Special Malaysia Search And Rescue Team), Pulau Meranti, Cyberjaya, adalah penting juga untuk pengetahuan umum.

Latihan yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Bencana, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri adalah latihan julung kalinya didedahkan kepada para media, terutamanya mereka yang terlibat dengan liputan misi kemanusiaan. Bagi tujuan ini, jenis-jenis pergerakan dan cara memilih dan mengambil tempat perlindungan dalam keadaan kecemasan telah dikongsi bersama untuk pengetahuan umum.

Sila ikuti dua (2) siri pada 8 dan 9 November 2011 mengenai penerangan langkah-langkah perlindungan keselamatan peribadi yang mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda satu hari nanti.

Berikut disenaraikan secara ringkas, sembilan (9) jenis pergerakan, lima (5) jenis perlindungan dan empat (4) jenis perlindungan di kenderaan sebagai panduan:

Antara tindakan yang boleh dilakukan oleh orang ramai ialah dengan merendahkan badan mereka serendah yang mungkin. Salah satu tindakan yang boleh diambil dengan membuat tindakan Rebahan Diri (Down).

Anda juga boleh melakukan perbuatan berguling bagi mengurangkan risiko terkena tembakan. Ini adalah kerana peluru sukar untuk menghala ke bahagian yang lebih rendah.

Dan sekiranya anda mendapati terhadap penghadang yang boleh menghalang diri anda daripada terkena tembakan, anda boleh berlindung di belakangnya.

Begitu juga sekiranya berada di dalam kereta, anda juga tidak perlu turun namun hanya berlindung di dalam kenderaan anda.

Pelbagai langkah lagi yang boleh diambil sekiranya anda berdepan dengan situasi getir seperti ini. Lawati laman Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) untuk mengetahui lebih banyak cara dan tindakan yang perlu diambil ketika berada di kawasan tembakan.

Sumber: Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra