Siakap Keli
Foto: Kinafairy

“Bayar Guna Duit Seringgit,” Peniaga Tersentuh, Budak Darjah 5 Semangat Kumpul Duit Semata-Mata Nak Makan ‘Corndog’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sudah menjadi adat dalam perniagaan untung dan rugi. Bermula dengan niat yang baik pastinya akan memperolehi rezeki yang melimpah. Senang kata, tak mustahil untuk semua ini berlaku.

Seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter, Kinafairy mengenai pelanggan kanak-kanak berusia 11 tahun yang sanggup membeli makanan yang sedang viral kini iaitu corndog yang dijual oleh wanita ini dengan menggunakan duit simpanan mereka. Namun, ikuti kisah wanita ini sebelum ‘budak-budak’ tersebut membelinya.

First time aku dapat customer budak darjah 5. Order 2 paket corndog RM30. Aku fikir mak dia suruh orderkan sebab ada je kes macam ni before this. So, aku layankan je lah. Janji untuk COD semalam.

Tetiba dia cancel order… Ni conversation aku dengan dia.

Difahamkan dalam perbualan tersebut, kanak-kanak itu terpaksa batalkan untuk membeli makanan tersebut dan minta untuk ditangguhkan kepada minggu seterusnya kerana ingin mengumpul duit.

Bagi wanita ini, perkara seperti ini sudah biasa baginya dalam dunia perniagaan ini. Namun, dirinya tertarik untuk teruskan perbualan dalam aplikasi tersebut.

At first ragu-ragu nak layan. Kot tipu ke kan. Sekarang banyak kes budak kecik dah pandai scam orang cari duit.

Tapi kesungguhan budak ni kumpul duit nak makan corndog buat aku tersentuh gila. So aku dengan kawan aku decide bagi je lah free sepaket lagi. Kesian weh.

Semalam pergi la hantar corndog ke rumah dia. Tapi dia ni ada satu penyakit. Penyakit memaksa dari aku kat kampung sampai aku balik KL, dia non stop mesej aku tanya bila nak cod. Sorry dik akak terrr rasa annoying sikit.

Sampai kat rumah dia. Aku nampak la dua orang budak perempuan tengah tunggu kat bawah pokok. Aku tak fikir pun lah tu dia sebab aku mesej inform aku dah dalam perjalanan, dia tak balas. Bila aku dah park tu budak perempuan berdua tu datang dekat kereta aku.

Memang budak Ainur ni rupanya. Dengan kawan dia ke tak tahu lah. Dari pukul berapa dia tunggu aku sampai agaknya lupa nak tanya. Aku cakap dah aku lambat dia kata takpe kak…

Aku turun kereta budak berdua ni senyum-senyum aku hulurlah corndog kat ainur. Lepas tu dia bagi aku duit RM25 seringgit-seringgit dari RM24 yang dia ada tu dia dapat kumpul lagi seringgit.

Cukup RM20 aku pulangkan balik RM5 dekat dia. Happynya muka diorang bukan main lagi. Sejak bila lah tu diorang ni kepengen nak corndog siap order 2 paket. Dapat cod dekat budak-budak ni aku rasa happy gila. Tengok lah muka diorang.

Ni muka-muka bahagia bila dapat makan corndog tu, diorang sempat pesan jangan block nombor diorang sebab nanti nak order lagi katanya.

Rata-rata netizen turut memberi komen positif dan menganggap perkara ini patut dicontohi ramai.

 

Sumber: Kinafairy

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)