Siakap Keli
Gambar : TODAYonline

Kanak-Kanak Maut Dipercayai Disimbah Air Panas Ketika Dikurung Dalam Sangkar Kucing

Singapura : Sepasang suami isteri dituduh mendera anak lelaki mereka yang berusia lima tahun secara kejam dengan mengurungnya dalam sangkar kucing sebelum mencurahkan air panas ke atas tubuh kanak-kanak itu sehingga menyebabkan kematiannya, hanya kerana dia tidak mahu mandi.

Pasangan yang masing-masing berusia 27 tahun, menghadapi pelbagai tuduhan memukul mangsa dalam sebuah rumah flat yang disewa oleh mereka, lapor Today Singapore.

Mereka turut didakwa melakukan cubaan pembunuhan dengan niat di antara 15 dan 22 Oktober 2016 yang membawa kepada kematian mangsa pada 23 Oktober 2016, kerana mengalami kecederaan parah setelah disimbah dengan air panas.

Dalam perbicaraan, pendakwaraya memberitahu mahkamah, pasangan itu mencurahkan air panas sekurang-kurangnya empat kali pada bahagian kaki, tangan, dada dan perut sepanjang tempoh tersebut.

Saksi, doktor yang merawat mangsa, mendapati mangsa mengalami lecuran tahap ketiga yang meliputi dua pertiga daripada bahagian tubuhnya, luka di kepala dan wajah, patah tulang hidung, selain lebam yang banyak pada bahagian belakang dan seluruh angggota badan.

Sekiranya disabitkan kesalahan membunuh, kedua-dua suspek akan berhadapan dengan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup.

Kedua-dua tertuduh tidak bekerja

Difahamkan, mangsa yang dirahsiakan idnetitinya oleh mahkamah, diserahkan sebagai anak angkat pada usia sebulan selepas kelahirannya pada 2011 kepada Zufarina Abdul Hamid, iaitu teman rapat kepada suspek.

Zufarina kemudiannya menjaga kanak-kanak itu seperti anaknya sendiri sehingga mangsa menggelarkannya sebagai ‘mama’.

Namun, pada 2015, ketika mangsa berusia empat tahun, mangsa dikembalikan semula kepada ibu bapanya dan mula didera oleh suspek setahun selepas itu sekitar Julai 2016.

Timbalan Pendakwa Raya, Tan Wen Hsien memberitahu mahkamah, ”Ini adalah pembunuhan yang tragis dan mengerikan. Kedua-dua tertuduh bertanggungjawab sepenuhnya di atas semua kecederaan yang dialami oleh mangsa.

”Tingkah laku kejam mereka secara terang-terangan bukan sahaja tidak menghiraukan kebajikannya tetapi hidup kanak-kanak tersebut.”

Kronologi kejadian : 

Julai 2016 :

Suami (suspek) dituduh menggunakan sepasang playar pada dua hari berasingan untuk mencubit punggung dan paha mangsa beberapa kali sehingga menyebabkan lebam.

Ogos 2016 : 

Isteri (suspek) didakwa memukul mangsa dengan penyapu di bahagian badan, belakang dan kaki, selepas mangsa menafikan mengetuk tin biskut dan menumpahkan biskut di lantai dapur.

Penderaan tersebut menyebabkan kesan pada bahagian perut mangsa dan tempurung lututnya shingga mangsa menjadi sedikit tempang.

Ibu itu turut didakwa menolak anaknya itu pada bahagian bahu, menyebabkan dia jatuh dan kemudian memukul kepalanya di tepi tiang.

Penghujung Ogos dan awal September 2016 :

Bapa mangsa menekapkan sudu yang dipanaskan pada tapak tangan mangsa, mencucuh abu rokok pada lengan mangsa dan memukul mangsa menggunakan penyangkut baju kerana mangsa menafikan dia ‘mencuri’ susu tepung.

15 Oktober sehingga 17 Oktober  2016 :

Ibu mangsa didakwa menarik buku lali mangsa dari melarikan diri,  mengisi gelas dengan air panas, menuangkannya ke atas kaki kanan mangsa sebanyak tiga kali dan di tangannya kira-kira lima kali. Kulit mangsa mula mengelupas dan menjadi lepuh di bahagian dada, bahu dan kaki.

17 Oktober sehingga 19 Oktober 2016 :

Ibu mangsa dikatakan marah apabila anak lelakinya menjerit : ”Adakah kamu gila atau apa!?” dalam bahasa Melayu ketika dia menyimbahkan air panas kepada kanak-kanak itu.

Tidak berpuas hati, kedua-dua suspek kemudiannya bertindak mencurahkan beberapa lagi cawan air panas kepada mangsa.

Bapanya dikatakan sekali lagi menekapkan sudu yang dipanaskan pada tapak tangan mangsa setelah mengetahui dia ‘mencuri’ susu tepung untuk dimakan.

19 Oktober sehingga 20 Oktober 2016 :

Wanita itu kemudian kononnya mengancam untuk mencurahkan air panas kepada mangsa apabila dia enggan menjawab soalan mereka, tetapi tidak dilakukan kerana mangsa berdiri di tepi kabel internet.

Dia kemudiannya didakwa menolak mangsa dengan kuat, menyebabkan kepala mangsa terkena dinding dan berdarah.

Setelah itu, lelaki tersebut kemudiannya menumbuk mangsa di bahagian muka.

21 Oktober sehingga 22 Oktober 2016

Kedua-dua dituduh mengurung anak mereka di dalam sangkar kucing yang berukuran 70 sentimeter tinggi, 58 sentimeter lebar dan 90 sentimeter panjang. Manakala mangsa hanya berketinggian 105 sentimeter.

22 Oktober 2016

Bapa mangsa didakwa memukul mangsa dengan penyapu di bahagian kepala, tangan dan kaki untuk memaksa mangsa membuka seluarnya untuk mandi.

Apabila manga berada di dalam tandas, dia kemudiannya didakwa menyimbah beberapa cawan air panas ke atas mangsa sementara ibu mangsa menjerit supaya mangsa membuka seluarnya.

Mangsa kemudiannya rebah ke atas lantai dan terus tidak bergerak selepas bapanya dikatakan menuangkan lebih banyak air panas di bahagian belakang badan mangsa.

Menyimbah air panas secara ”kejam dan zalim” – Pendakwaan

Pendakwaraya mengatakan bahawa suhu air itu adalah di antara 86.5 c hingga 98.7 c, menyebabkan terjadinya kebakaran serta merta.

Pasangan itu tidak memberikan rawatan perubatan untuk kecederaan mangsa yang teruk selepas disimbah air panas oleh mereka secara zalim dan kejam, tambah pendakwaraya.

Pasangan tersebut membawa mangsa ke hospital hanya setelah enam jam mangsa rebah kerana mereka berdua takut ditangkap  kerana melakukan penderaan, kata pendakwaraya.

Kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK pada petang itu namun meninggal dunia pada hari berikutnya.

Seorang ahli patologi mengesahkan punca kematian mangsa sebagai kecederaan parah yang teruk selain mangsa mengalami trauma pukulan.

Bapa mangsa ditangkap di flat pada hari yang sama mangsa meninggal dunia, manakala ibunya ditahan dua hari kemudian.

Antara barangan bukti yang dirampas oleh pegawai polis dari kediaman mereka ialah cerek eletrik, sangkar besi kucing, playar, penyapu, cawan kaca dan segulung tali pintal.

Pasangan itu dibawa melakukan pemeriksaan psikiatri selepas penangkapan mereka.

Dr Jacob Rajesh mendapati bahawa ibunya mengalami gangguan pelarasan dengan perasaan yang tertekan pada masa itu, di mana ianya telah menjejaskan tanggungjawab mentalnya.

Dr Ung Eng Khean juga menemui kaitan sebab di antara penyakit mental bapanya iaitu attention deficit hyperactivity disorder (ADHD), intermittent explosive disorder (IED) and hypnotic use disorder dan kelakuannya yang menyinggung perasaan.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan berekta, mereka akan bergentung kepada psikiatri lain yang mendapati bahawa tanggungjawab mental ibunya tidak berkurangan dan tidak bersetju dengan diagnosis ADHD dan IED untuk bapa mangsa.

Pendakwa berkata, mereka juga akan bergantung kepada banyak kenyataan yang diberikan pasangan tersebut semasa penyiasatan di mana mereka mengaku mendera anak lelaki mereka secara fizikal dan menyimbahnya dengan air panas seminggu sebelum mangsa meninggal dunia.

Perbicaraan akan bersambung.

Sumber : Berita Mediacorp, Today Singapore

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra