Siakap Keli

Jorge Lorenzo Umum Persaraan, Litar Valencia Bakal Jadi Perlumbaan Terakhir

Bekas juara dunia MotoGP, Jorge Lorenzo hari ini mengumumkan persaraannya dalam saingan MotoGP. Perlumbaan di litar Ricardo Tormo, Valencia bakal menjadi perlumbaan terakhir beliau selepas 17 tahun bergelar bersaing di MotoGP.

Pengumuman itu dibuat di laman Instagram beliau yang dimuatnaik beberapa jam yang lepas. Menurut Lorenzo, ada 4 momen yang sangat bermakna dalam karier seorang pelumba iaitu hari pertama berlumba, kemenangan pertama diraih, kejuaraan pertama dan hari persaraan.

Dalam kenyataannya lagi, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membina karier beliau sebagai seorang pelumba sehingga ke hari ini dan ucapan terima kasih yang paling istimewa ditujukan kepada 2 insan yang tidak jemu-jemu menyokongnya dari awal hingga sekarang iaitu ayah dan ibunya sendiri.

Jorge Lorenzo untuk musim ini, beraksi bersama pasukan Repsol Honda berganding bersama juara dunia tahun ini, Marc Marquez. Sebelum itu juga, Lorenzo pernah mewakili pasukan Ducatii dan Movistar Yamaha.

Sepanjang karier beliau di MotoGP, beliau berjaya merangkul 5 kali gelaran Juara Dunia, 68 kali kemenangan, 69 kali meraih petak utama, 152 kali menaikki podium dan 37 perlumbaan mencatat masa pusingan terpantas.

Tak perlu disangkal lagi, ternyata Jorge Lorenzo antara pelumba paling berjaya dalam sejarah MotoGP dan mungkin sudah tiba masanya beliau berehat dan memulakan hidup baru di lembaran seterusnya.

https://www.instagram.com/p/B42yixVKd44/

Sumber: Jorge Lorenzo

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)