Jerman mewajibkan pengambilan vaksin campak ke atas kanak-kanak bermula Mac 2020 sebagai usaha untuk menghapuskan wabak penyakit tersebut.
Kredit Foto: popmamaUndang-undang tersebut telah diluluskan di dewan rakyat Bundestag semalam yang menyatakan bahawa ibu bapa yang gagal memberikan suntikan vaksin kepada anak-anak boleh dikenakan denda sebanyak 2,500 Euro (RM11,545).
Peraturan baru ini akan berkuatkuasa pada bulan Mac dan ibu bapa perlu memastikan anak masing-masing menerima suntikan vaksin sebelum memasuki prasekolah.
Semua petugas pusat jagaan harian, institusi pendidikan dan pusat perlindungan pelarian juga turut diwajibkan mengambil suntikan vaksin ini.
Kredit Foto: honestdocsMenteri Kesihatan Jerman, Jens Spahn menyatakan jangkitan campak adalah ancaman yang perlu ditangani supaya kanak-kanak terhindar daripada penyakit ini.
Sumber: Dailymail