Seorang remaja bertindak membaling batu ke arah seekor buaya yang tiba-tiba menyerang adiknya ketika mereka sedang melalui satu kawasan di Palawan di selatan Filipina Jumaat lalu.
Haina Lisa Jose Habi, 12, melalui satu jambatan bersama abangnya, Hashim, 15, tiba-tiba diserang buaya yang panjangnya kira-kira 4 meter.
“Buaya itu lebih besar daripada saya dan berasa sangat takut. Saya dalam keadaan panik terus menjerit meminta pertolongan daripada abang,” kata Haina.
Hashim yang terdengar jeritan adiknya itu segera membaling batu ke arah buaya tersebut dan menarik Haina daripada terus menjadi mangsa kepada buaya tersebut.
Haina yang mengalami kecederaan di bahagian kaki kanannya telah mendapat rawatan di RHU Balabac dan kini dalam keadaan stabil.

Leftenan Kolonel Socrates Faltado menasihati supaya penduduk di kawasan itu supaya lebih berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut.
Sumber: Dailymail