Siakap Keli

(Video) Baru Umur 9 Tahun, Anak ‘Ajaib’ Ini Bakal Tamatkan Pengajian Ijazah Kejuruteraan Elektrik Tahun Ini

Kanak-kanak ‘ajaib’ dari Belgium bakal miliki ijazah sarjana muda pada usia 9 tahun.  Beliau yang dikenali sebagai Laurent Simons sedang mengikuti program kejuruteraan elektrik di Eindhoven University of Technologgy akan menamatkan ijazahnya itu pada bulan Disember ini.

Menurut ibu bapanya, kanak-kanak ‘ajaib’ itu memiliki sifat yang yang istimewa dimana beliau mampu memahami dan mempelajari sesuatu dengan cepat dan pantas.

Sampai ke hari ini, keluarga Laurent masih belum mendapat penjelasan yang jelas mengapa anak mereka boleh belajar sepantas itu. Tetapi ibunya ada teorinya tersendiri.

Menurut ibunya, ketika mengandungkan Laurent dia kerap makan ikan dalam nada bergurau. Pihak universiti juga tiada masalah utuk membenarkan Laurent menamatkan pengajiannya seawal usianya ketika ini.

Beliau juga dikatakan berhasrat untuk membangunkan kaedah menumbuhkan organ buatan suatu hari nanti dan merancang untuk melanjutkan program PhD .

Sumber: CNN

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)