Siakap Keli
Foto: ExpresscoUK

NASA Ramal Asteroid Sebesar Piramid Giza Mungkin ‘Hentam’ Bumi Bulan Mei, 2022

Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (NASA) mendedah tarikh yang tepat di mana satu kejadian Asteroid bersaiz Piramid Giza di Mesir diramal mungkin menghentam Bumi.

NASA telah mengeluarkan butiran Asteroid yang dikenali sebagai JF1 yang sedang menuju ke Bumi kira-kira 420 kaki dijangka bertembung dengan planet manusia pada 6 Mei 2022 dengan kesan yang sangat dashyat.

Agensi Amerika mengatakan bahawa jika Asteroid ini berterusan, ia boleh menyebabkan letupan dengan kekuatan 230 kiloton. Letupan ini 15 kali ganda lebih kuat daripada letupan bom di Hiroshima yang berlaku pada 1945. 

Para saintis mengatakan bahawa JF1 dijangka akan memusnahkan seluruh kawasan penduduk dan menghapuskan bandar serta menyebabkan kematian yang berjumlah jutaan orang.

Mereka memberi amaran kepada negara yang jauh daripada kawasan lautan pasifik juga akan terkena tempias seperti berlaku tsunami yang besar dan ‘salji’ nuklear yang memberi kesan pada kehidupan Bumi.

NASA percaya terdapat satu daripada 3,800 kemungkinan Asteroid akan membadai Bumi pada tarikh yang dijangkakan iaitu pada 6 Mei 2022.

Saintis berkata, walaupun ianya hanyalah peluang yang tipis untuk JF1 menyerang Bumi, tetapi disebabkan saiznya sebesar piramid Giza tetap akan terus dipantau.

Bagaimanapun, pihak jurutera angkasa lepas dari seluruh Eropah dan Amerika Syarikat sedang menjalankan misi untuk ‘membelokkan’ objek tersebut sebagai kaedah untuk pertahankan planet ini.

Misi Angkasa Eropah (ESA) akan melakukan satu misi untuk mengumpul informasi penting tentang komposisi Asteroid serta ukuran kawasan yang tertinggal.

Sumber: Express.Co.UK

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)