Kebanyakan daripada kita pastinya pernah melihat jambatan-jambatan yang unik serta cantik struktur binaannya.
Namun pernahkah anda melihat jambatan yang agak menakutkan seperti jambatan Eshima Ohashi yang terletak di Jepun ini?

Jambatan yang turut dikenali sebagai jambatan “roller coaster” ini dibina tinggi sebegitu bagi membolehkan bot-bot nelayan melintasi jambatan tersebut. Jambatan ini menghubungkan bandar Matsue dan Sakaiminato.
Menurut Yahoo, jambatan tersebut memiliki ketinggian setinggi 44 meter, dan darjah kecerunan sebanyak 6.1 peratus pada satu sisi.

Jika dilihat dari sudut hadapan jambatan tersebut, ianya agak menakutkan. Apa-apa pun, kita pastinya akan benci jikalau terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di atas jambatan tersebut.
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=lC4LNAzhFRU]
Sumber: Huffpost