Siakap Keli
Kredit: Syuhaidah Asmaa Khalid/Google

(Video) Elak Anak Batuk Atau Selsema, Guna Cara Ni Untuk Cuci “Deep Clean” Tilam

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pernah tak anda dengar tentang Sindrom Rumah Toksik? Toxic Building Syndrome (TBS) atau toxic house syndrome merupakan keadaan di mana udara di dalam sesebuah bangunan dicemari bahan kimia dan bakteria berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan.

Anda mungkin menyangka udara di rumah anda bersih, tapi tahukah anda ia mungkin tercemar dengan lebih 900 kimia dan organisma berbahaya yang tak dapat kita lihat termasuklah karbon monoksida dan spora kulat (Enviroment, 2016).

Dalam tempoh yang panjang, udara ini boleh menjejaskan kesihatan dengan pelbagai penyakit seperti alahan hinggalah masalah pernafasan.

“Eh, taklah, rumah saya bersih.”

Menurut Daily Mail, sebanyak 15 juta rumah di United Kingdom mengalami masalah ini. Justeru, mungkin rumah anda tak terkecuali di negara kita.

Apa perlu kita buat? Salah satunya adalah dengan memastikan ada pengudaraan yang baik. Selain itu, kita perlu membersihkan peralatan dan perabot di dalam rumah, termasuklah tilam yang kita guna pakai setiap hari.

Kalau nak jemur bawah cahaya matahari, memang tak terangkat lah jawabnya. Tambahan pula kalau anda tinggal di rumah bertingkat seperti apartment. Tiada ruang untuk menjemur tilam. Jadi, jom kita cuba cara yang dikongsikan Puan Syuhaidah Asmaa Khalid untuk bersihkan tilam daripada kuman.

Mari baca perkongsiannya.

Tilam ni tempat biak banyak kuman-kuman kan macam kita tengok iklan Febreeze tu.. kita habiskan masa secara puratanya 5-8 jam sehari atas tilam, jadi pembersihan mendalam sangat perlu ok.

Nak angkat tilam jemur memang tak larat la kan, nak-nak kalau tilam 12 inci tu. Jadi boleh guna cara ni untuk buat pembersihan tilam secara mendalam. Boleh cuba buat dalam 4 bulan sekali atau masa ada ahli keluarga yang demam ke sakit.

Cara-cara:

1) Vakum tilam guna kepala vakum yang kecik muncung tirus tu (tak guna untuk vakum lantai).

2) Hilangkan kotoran pada tilam : terpulang la pakai cara apa pun. Saya lebih suka letak baking soda, sembur dengan cuka biarkan seketika, gosok dengan kain (boleh langkau langkah ini kalau tilam tak kotor).

3) Tabur baking soda, biarkan dalam 4-6 jam. Untuk serap lembapan dan bau.

4) Vakum lebihan soda bikarbonat tu.

5) Sembur Dettol yang ditambah air.

6) Anginkan tilam dengan buka tingkap semua. Siap!

Jadi bolehlah kalian cuba tips ni untuk rumah yang lebih bersih dan sihat. Selamat mencuba!

Sumber: Syuhaidah Asmaa Khalid, Enviroment

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.