Siakap Keli
Gambar: Fox sport

Menjelang Perlawanan, Ini Rekod Pertemuan Malaysia, Indonesia Ramai Tak Tahu

Detik yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia terutamanya penyokong Harimau Malaya nampaknya akan berlansung beberapa jam lagi. Ekoran itu, stadium mula dibanjiri dengan kehadiran penyokong tuan rumah mahupun menerima kunjungan daripada Ultras Garuda Indonesia.

Perlawanan yang dijangka berlangsung dengan sengit malam ini pastinya menjanjikan persembahan yang terbaik daripada anak buah Tan Cheng Hoe. Namun begitu, terdapat beberapa fakta menarik yang anda perlu ketahui sebelum menyaksikan perlawanan pada malam ini.

Antara fakta menarik mengenai pertemuan terdahulu antara Malaysia bertemu Indonesia ialah seperti berikut:

  1. Dua pertemuan terakhir kedua-dua pasukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil menyaksikan Malaysia menang 3-0 pada Final 1 Piala Suzuki AFF 2010 dan menang 2-0 pada peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2012.
  2. Kekalahan terakhir Malaysia kepada Indonesia di gelanggang sendiri hanyalah 14 tahun yang lalu iaitu Separuh Akhir 2 Piala Tiger 2004/2005 apabila tewas 4-1 kepada Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 Januari 2005.

Melihat kepada lima pertemuan terakhir antara Malaysia bertembung Indonesia, pasukan Indonesia telah berjaya memenangi 3 perlawanan, manakala 2 lagi perlawanan dimenangi oleh skuad Harimau Malaya.

Walau bagaimanapun catatan keputusan terdahulu, diharapkan pasukan Harimau Malaya dapat mengumpulkan tiga mata penuh pada malam ini.

Gambar: sains.kompas

Terdahulu, pasukan Harimau Malaya telah berjaya menewaskan pasukan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno dengan catatan jaringan 2-3.

Sumber: Football Association of Malaysia (Official)

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra