Siakap Keli

Wanita Ketakutan CCTV Rakam Susuk ‘Bayi’ Lain Temani Anak Tidur, Selepas Diperiksa Rupanya Ini Yang Berlaku

Seorang wanita diselubungi misteri apabila terlihat susuk seorang bayi menemani anak kecilnya berusia 18 bulan yang sedang tidur di bilik berasingan.

Penampakan tersebut telah terakam di kamera litar tertutup (CCTV) bilik berkenaan yang menunjukkan seolah-olah ada seorang lagi bayi tersenyum di sebelah anaknya.

Khuatir dengan hal tersebut, Maritza Cibuls, 32, menjengah ke bilik anaknya menggunakan lampu suluh namun mendapati tiada yang pelik berlaku.

Cuba untuk positif, dia memikirkan imej tersebut hanyalah air liur bayinya yang meleleh.

“Saya tak nampak sesuatu yang pelik dalam katil bayi berkenaan. Saya cuba memeriksa andai ada rasa basah disebabkan air liur, tapi tiada,” katanya.

“Saya fikir ia adalah air liur basi. Itu satu-satunya penjelasan yang logik,” katanya.

Lebih memburukkan keadaan apabila suaminya dikatakan bekerja pada malam itu. Dia yang menyangka imej tersebut sebagai permainan ilusi telah berkongsi gambar berkenaan di Facebook.

“Saya tak boleh tidur malam untuk memastikan ‘hantu’ itu tidak bergerak,” katanya yang mendakwa telah memeriksa bilik berkenaan sebanyak tiga kali sepanjang malam.

Pada keesokan paginya, Maritza memeriksa bilik berkenaan sekali lagi. Kali ini, dia mendapat jawapan.

“Rupanya suami saya terlupa memasang lapik tilam semasa menukar cadar,” kata Maritza menjelaskan bahawa gambar bayi berkenaan adalah cetakan pada tanda harga tilam.

Menurutnya, ketika dia memberitahu si suami, suaminya hanya ketawa dan memberitahu dia terlupa memasang kembali pelapik cadar setelah anak mereka membasahinya.

Kiriman tersebut mendapat respon lebih 500,000 netizen yang terhibur dengan perkongsian berkenaan.

Sumber: Fox News, Maritza Elizabeth

Amira

Love yourself.