Siakap Keli
Foto: Twitter

Jelmaan Jersi ‘Khairul Fahmi’ Beraksi Di Padang Tular, Ramai Yang Kagum Dengan Semangat Farizal

Tidak dapat disangkalkan lagi kemenangan 2-0 yang dicapai oleh Harimau Malaya menewaskan Garuda dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 semalam di Stadium Bukit Jalil menjadi tonggak kebanggaan seluruh rakyat Malaysia atas pencapaian tersebut.

Namun, apa yang menarik perhatian peminat bola sepak Tanah Air selain semangat yang ditonjolkan oleh pemain ialah baju jersi Khairul Fahmi yang didakwa diguna pakai semula oleh penjaga gol Farizal Marlias pada malam tadi.

Hakikatnya, foto tersebut menjadi tular di laman sosial media kerana beliau sebenarnya memakai jersi Khairul Fahmi di dalam malah ia dikatakan membawa semangat itu bersama-sama.

“Semangat Khairul Fahmi Che Mat. Spirit of Apek!”

Kita semua tahu, Khairul Fahmi atau lebih Apek adalah penjaga gol yang berkaliber dengan kerjayanya serta membawa Malaysia pada satu peringkat yang lebih tinggi.

“Saya tak pernah tahu Farizal ada kaitan kuat dengan Apex”

“Aura Apex ada di belakang Farizal Marlias”

“Apex jadi inspirasi buat Farizal malam ini, pakai jersi Apex di dalam”

Sumber: Twitter

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang