Siakap Keli

Ong Kim Swee Umum Gugur Safawi

Perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia semalam menyaksikan keputusan yang memihak kepada Malaysia dengan dua gol yang disumbangkan oleh Muhammad Safawi Rasid dalam aksi kelima kumpulan G Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Aksi yang dipamerkan oleh Safawi sememangnya telah memenangi hati penonton yang hadir di stadium mahupun di rumah. Apa tidaknya, dua jaringan yang dihasilkan menerusi kaki kirinya telah menobatkannya sebagai pemain terbaik perlawanan semalam.

Menjelang persediaan saingan Sukan SEA 2019 yang bakal berlangsung di Filipina, Datuk Ong Kim Swee telah menyenaraikan seramai 20 pemain yang akan beraksi dalam bagi membawa nama Malaysia dalam saingan tersebut.

Namun, dengan nada kecewa, Datuk Ong Kim Swee mengesahkan bahawa beliau terpaksa menggugurkan Safawi untuk memberi peluang kepada pemain itu berehat bagi menghadapi perlawanan-perlawanan penting pada tahun hadapan.

Safawi juga telah dimaklumkan dengan keputusan itu dan faham mengapa dia tidak dipilih.

Sumber: Sinar Harian, FAM

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra