Siakap Keli

Gadis Dakwa Jilatan Kucing Buat Masalah Jerawatnya Hilang, Kulit Jadi Lembut

Tiada siapa sangka dengan hanya jilatan kucing mampu merawat kulit muka yang bermasalah, tetapi tidak bagi gadis ini.

Dinda yang berasal dari Indonesia mendakwa bahawa teknik jilatan daripada kucing miliknya bernama Nia berjaya menghilangkan amsalah jerawat yang dihadapinya.

Dakwanya lagi, teknik merawat muka ini bukan sahaja mampu menghilangkan jerawat malah turut melembutkan kulit mukanya.

Kakak Dinda, Debi mengatakan bahawa dia telah melakukan itu hampir setiap hari selama tiga bulan dan ternyata jerawat di muka Dinda semakin berkurangan.

Kucing itu akan naik keatas buku sekolah Dinda bagi menjilat mukanya.

Walaubagaimanapun, kucing tersebut hanya mahu menjilat wajah pemiliknya sahaja iaitu Dinda.

Sumber : newsflare

Nurul Alia Ali