Siakap Keli

“Gila La Sampai Wish Birthday Guna Billboard, Betul Hargai Guru Dorang Ni”

“Gila la sampai wish birthday guna billboard, betul hargai guru dorang ni.”

Semalam media sosial kecoh dengan hadiah hebat penuh kejutan daripada usahawan terkenal kepada seorang pakar motivasi ulung, Dr Azizan Osman.

Rata-rata netizen yang menyaksikan kejutan itu turut kagum dengan hadiah paling ‘rare’ dan ‘besar’ sehingga mampu dilihat hampir semua penduduk Lembah Klang.

Mana taknya, billboard besar dengan ucapan ulang tahun itu diberi sebagai satu penghargaan daripada Tuan Das Abdul pemilik bisnes Bantal Hotel 7 Bintang DAG dan Tuan Narul Khairil Anuar pemilik Unlimited Dreams Sdn Bhd, sebuah syarikat periklanan pada 14 November lalu sempena hari kelahiran beliau.

“Hadiah ini tak cukup ‘gila’

Bila ditanya kenapa mereka beriya menghadiahkan billboard unipole besar itu, kedua-dua mereka memberitahu jawapan yang hampir sama.

Tiada apa yang dapat dia beri untuk membalas jasa Dr Azizan Osman yang telah membimbing beliau dari hanya seorang peniaga bantal di carboot sales sehingga kini dah mampu menjual 1 juta bantal dalam tempoh sekitar 3 tahun.

“Hadiah ini tak cukup ‘gila’ dibandingkan dengan apa yang Dr Azizan Osman dah bantu kami semua, beliau bantu kami ketika kami susah, beliau yang hadir ketika kami keseorangan, beliau yang didik kami ketika kami kena ejek. Dengan izin Allah S.W.T, telah banyak kejayaan yang kami capai hasil bimbingan Dr Azizan Osman.”

Tuan Narul dalam pada itu turut menyatakan perkara yang sama. Hebat apa yang dilakukan mereka. Tak semua mampu buat.

“Saya tak ada produk nak beri kepada Dr Azizan Osman seperti orang lain, saya tak mampu nak tunjukkan penghargaan kepada Dr Azizan Osman melainkan dengan idea ini. Dr Azizan Osman sangat ambil berat tentang anak didiknya terutamanya ahli Titanium, dan Dr Azizan Osman pun tak pernah berkira dengan semua ahli Titanium, so kenapa saya nak berkira untuk berikan sesuatu yang hebat kepada dia… that is why saya cakap dengan supplier dan Tuan Das Abdul, whatever it takes kita kena make this happen.”

Jelaslah besar pengorbanan Dr Azizan Osman kepada kedua-dua mereka saat susah dan jatuh dalam bisnes.

“Apa yang kami capai dengan izin Allah S.W.T adalah berkat didikan dan tunjuk ajar dari Dr Azizan Osman. Hadiah ini untuk tunjuk kepada dunia betapa besarnya jasa MenThor kepada kami dan secara jujur, billboard ini pun belum cukup nak balas dengan apa yang kami telah capai sepanjang bersama RichWorks” kata Tuan Das Abdul.

Siapa je yang tak terharu dengan usaha dan penghargaan sebesar ini?

Dr Azizan dalam pada itu turut menyeru lebih ramai usahawan yang ingin mengembangkan bisnes pada tahun 2020 untuk hadir dalam satu perhimpunan usahawan Bina Bisnes Berjaya 2020 – 10X Gandakan Bisnes Anda pada 25 Disember 2019.

Bagi yang berminat boleh dapatkan info lanjut di www.10XGrowth.com.my.

Nur Farra