Siakap Keli

Lelaki Bakar Diri Gara-Gara Tak Mahu Bercerai Dengan Isteri

Seorang lelaki berusia 32 tahun nekad membunuh diri di rumahnya di Jakarta Timur pada isnin yang lalu.

Pegawai polis Unit Penyiasatan Jenayah Cipayung, Iptu Budi Setyanta memberitahu bahawa lelaki tersebut nekad membakar dirinya kerana menghadapi masalah rumah tangga.

“Menurut keterangan mangsa, dia mempunyai masalah rumah tangga dan isterinya juga telah menfailkan perceraian serta telah dua bulan tidak hidup sebumbung bersama isterinya.

“Mangsa tidak mahu bercerai dan ingin membuktikan bahawa dia menyayangi anak dan isterinya,” kata Budi.

Masalah kewangan dan sering bertengkar juga menyebabkan isterinya meminta cerai sehingga menyebabkan lelaki itu tidak mampu menahan diri dan mengambil keputusan untuk membakar diri sendiri.

Isterinya juga dikatakan berasal dari keluarga yang hidup terlalu mewah namun lelaki itu hanya bekerja sebagai pegawai keselamatan.

Lelaki itu menerima rawatan di Hospital Polri Kramat Jati dan mengalami luka kesan terbakar sehingga 51 peratus  iaitu meliputi wajah, tangan dan seluruh badannya.

Sumber: Kompas

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra