Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

MET Malaysia Keluar Amaran Cuaca Buruk Di Terengganu, Pahang

Kuala Lumpur : Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat di sekitar Kemaman, Terengganu serta Kuantan, Pekan dan Rompin, di Pahang dijangka berterusan sehingga Ahad (24 Nov).

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran waspada iaitu hujan lebat yang dijangka berlaku sehingga Ahad di Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun, di Terengganu serta di Mersing, Johor.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Zuraini Mohd Yusof ketika dihubungi berkata pusat tersebut akan mengumpul maklumat daripada kawasan dilanda banjir untuk dikemaskini di portal NDCC setiap empat jam sekali bagi memberi maklumat kepada orang awam.

“Pusat akan berfungsi 24 jam, tujuh hari seminggu bagi memantau keadaan cuaca dan sekiranya ada banjir yang berlaku,” katanya.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.