Siakap Keli

(Video) Stadium Terlalu Penuh, Perlawanan Indonesia VS Malaysia Bawah 18 Ditangguhkan

Perlawanan melibatkan pasukan Indonesia dan Malaysia bagi separuh akhir 47th Asian School Football Championship (ASFC) Bawah 18 2019 terpaksa ditangguhkan sehingga pukul 8 malam.

Menurut laporan media, perlawanan separuh akhir Pasukan Kebangsaan Indonesia menentang Malaysia terpaksa ditangguhkan ekoran keadaan stadium yang dipenuhi oleh penyokong. Para penyokong Indonesia juga dikatakan memenuhi jalan utama ke Stadium Batakan.

Keadaan itu menyebabkan para pemain sukar untuk memasuki ruangan stadium. Proses untuk memanaskan badan juga dipercayai terpaksa ditangguhkan sehingga menyebabkan perlawanan tersebut turut ditangguhkan.

Menurut media tempatan, pemain hanya dapat memasuki ruangan stadium pada jam 7 malam yang sepatutnya perlawanan telah dimulakan. Perkara ini dikaitkan dengan kehangatan yang masih dirasai menerusi perlawanan skuad utama bagi pasukan Malaysia dan Indonesia yang berlangsung pada Selasa lepas.

Sumber: Tribunnews

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra