Siakap Keli
Gambar : Tribun News

Tipu Mengaku Anak, Nenek 60 Tahun Dicekup Bermadu Asmara Dengan Pemuda 21 Tahun

Operasi serbuan di sebuah hotel membawa kepada penangkapan seorang wanita warga emas bersama kekasihnya, seorang lelaki muda di Tangerang, Jakarta, pada malam rabu lalu.

Menurut sumber, Maria (bukan nama sebenar) pada mulanya tidak mengaku bahawa pemuda yang dikenali sebagai Fernando, 21, adalah kekasihnya.

Tetapi, warga emas yang berusia 60 tahun itu memberi alasan bahawa lelaki yang bersamanya itu adalah anaknya yang sedang bekerja di kawasan perindustrian di kota berkenaan.

Namun, timbul rasa curiga apabila Maria ketika ditanya, tidak dapat memberitahu tempat kelahiran Fernando kepada salah seorang anggota Satuan Polisi Pamong Praja (Satpol PP).

Warga emas itu akhirnya mengaku bahawa dia mempunyai hubungan dengan pemuda berkenaan.

”Ya, ini kekasih saya dan tidak ada yang salah dengan hubungan kami,” katanya.

Difahamkan, dalam serbuan yang dijalankan pihak berkuasa berjaya memberkas sembilan pasangan yang bersekedudukan.

Sumber : Tribun News

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra