Siakap Keli
Kredit: Kemenpora/Permadi Aktivis/Syed Saddiq

(Video) Indonesia Sah Hantar Surat Tuntut Permohonan Maaf, Syed Saddiq Respon Dakwaan Fans Indonesia Dipukul

Berikutan insiden pergaduhan di Stadium Bukit Jalil tempoh hari, Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia (Kemenpora) telah menuntut permohonan maaf Malaysia.

Dalam dokumen dua mukasurat yang dimuatnaik di laman rasmi kementerian tersebut, Kemenpora mengutuk keras kejadian penganiaayaan terhadap penyokong Indonesia serta meminta Malaysia menyelesaikan kes berkenaan secara telus.

Menerusi surat yang dihantar kepada Kementerian Belia dan Sukan itu juga, mereka mendesak Malaysia untuk meminta maaf segera kepada Indonesia susulan kekacauan tersebut.

Ekoran itu, beberapa penyokong negara berkenaan meninggalkan komen pada Tweet tersebut.

Laporkan kepada FIFA

Sebagai respon, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melakukan permohonan maaf terhadap rakyat Indonesia.

“Saya dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada rakan-rakan serumpun di Indonesia.

“Saya memohon maaf kerana tragedi yang berlaku beberapa hari yang lepas.

“Kami telahpun mendapat pengesahan bahawa kes pemukulan dan tragedi itu tidak berlaku di Bukit Jalil atau semasa perlawanan bola sepak tetapi berlaku dalam 20 km dari Stadium Bukit Jalil dalam lingkungan pukul 3 pagi.

“Kami masih tidak mendapat pengesahan jika kes itu berkait rapat dengan perlawanan bola sepak. Walaubagaimanapun, kes ini melibatkan seorang warga Indonesia. Kami mohon supaya rakan-rakan, khususnya yang dipukul untuk tampil ke hadapan untuk membantu siasatan ini.

“Kami ingin memastikan keadilan akan datang tidak kira bagi warganegara Malaysia dan Indonesia. Ini adalah tanggungjawab kami bersama,” ujar Saddiq melalui laman sosial miliknya.

Sumber: Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia, Menteri Belia dan Sukan Malaysia

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.