Siakap Keli

(Video) Kereta Hilang Kawalan Terhumban Ke Bawah, Timpa Orang Sedang Tunggu Bas

Kemalangan jalan raya boleh dikatakan berlaku pada setiap hari di seluruh negara. Selain disebabkan faktor kelajuan, bentuk fizikal jalan raya juga menjadi penyumbang kepada jumlah kemalangan yang berlaku.

Seperti kebanyakan kemalangan yang dilaporkan, selekoh terutamanya selekoh tajam boleh menyebabkan pemandu hilang kawalan lalu terbabas. Perkara ini menjadi lebih teruk sekiranya pemanduan ketika melalui selekoh adalah pada halaju yang tinggi.

Perkara ini sesuai untuk menggambarkan kemalangan dasyat yang berlaku di India apabila sebuah kereta yang dilihat memandu dengan laju terbabas sehingga melepasi penghadang jalan di salah satu laluan jejambat di Hyderabad, India. Lebih teruk, kereta itu terhumban ke bawah sehingga menyebabkan beberapa orang awam yang berteduh di bawah pokok terjejas.

https://www.youtube.com/watch?v=WPGx2jrQmdM

Menurut laporan media tempatan, kemalangan itu berlaku dipercayai akibat pemandunya hilang kawalan ketika mengambil selekoh berkenaan. Akibat daripada kemalangan itu, seorang wanita dilaporkan maut iaitu salah seorang yang menunggu bas di bawah jejambat berkenaan.

Kemalangan dasyat tersebut membuktikan bahawa  kelajuan ketika melalui selekoh sememangnya mengundang risiko kemalangan yang tinggi. Oleh itu, diharapkan kesemua pemandu terutamanya pemandu di Malaysia sentiasa berwaspada memandu ketika melalui selekoh yang tajam.

Sumber: DailyMail

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra