Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Santau bukannya perkara baru dan sudah lama diperkatakan. Ianya merupakan sejenis sihir iaitu racun yang diberi kepada mangsa melalui zahir atau melalui angin dengan pemujaan syaitan atau jin. Tujuannya adalah supaya mangsa menderita dengan perlahan-lahan dan berakhir dengan kematian.
Meskipun kita sudah berada di zaman moden, namun amalan terkutuk ini masih digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi melunaskan niat jahat mereka dengan cara halus.
Seperti perkongsian yang tular di media sosial mengenai santau yang dihantar melalui makanan dan minuman di sebuah kedai makan ini. Cawan yang digunakan oleh pelanggan tersebut pecah berderai serta merta setelah mengamalkan doa pelindung.
Menurut sumber, air yang berada di dalam cawan yang meletup itu hanyalah teh suam dan bukannya air panas. Setelah disiasat, rupa-rupanya ia adalah kes santau yang dihantar kerana dengki.

Ramai yang sebelum ini terkena santau makanan melalui kedai-kedai yang meletak santau pelaris untuk menarik kunjungan pelanggan.
Untuk mengelakkannya, anda boleh membaca doa ini dan mengikuti beberapa langkah berjaga-jaga seperti yang tertera di bawah.



Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama berdepan dengan kes santau di kedai makan. Moga semua dilindungkan dari niat jahat manusia.





Sumber : Twitter @TweetIslamik