Siakap Keli
Kredit: Daily Mail

(Gambar) Siat Dan Masak, Individu Dedah Realiti ‘Pasar Kucing’ Di Vietnam Buat Meremang Bulu Roma

Mengerikan. Bayangkan haiwan kesayangan anda hilang di suatu pagi tanpa meninggalkan jejak dan tidak kembali selama-lamanya. Tanpa anda sedari, rupa-rupanya ia sedang menunggu giliran untuk dibunuh, dilapah kulitnya dan dimasak sebelum dijual di pasar daging kucing di Vietnam.

Ini bukan dongeng atau cerita rekaan. Ini adalah realiti yang berlaku.

Dalam video dikongsikan dikongsikan Daily Mail, seorang penyelamat kucing, Quyen mendedahkan bahawa terdapat beberapa ekor kucing yang dijual di pasar Quan Binh Tan memakai rantai leher, menandakan ia mungkin ‘diculik’ dari rumah pemiliknya.

Di sana, kucing dijadikan hidangan istimewa dikenali sebagai ‘harimau kecil’ yang kononnya mampu mengusir sial serta menjadikan si pemakan tangkas seperti kucing.

Hidangan yang dijual sehingga £57 (kira-kira RM306) itu dipasarkan di bandar Ho Chi Minh.

“Tradisi ini berkait dengan kepercayaan tahyul. Daging kucing dimakan pada permulaan setiap bulan bagi menghalau sial, meningkatkan libido dan mendapatkan ketangkasan haiwan itu,” kata Michele Brown, Ketua Pegawai Eksekutif badan amal Fight Dog Meat.

“Tetapi ia merupakan sesuatu yang mengerikan. Penjual daging mahukan daging keras jadi mereka menakutkan haiwan berkenaan dan percaya ia akan menyebabkan hormon adrenalin dirembeskan.

“Kucing amat sensitif dengan ruang, jadi mereka mencampakkan haiwan-haiwan ini ke dalam sangkar dan membunuh dari luar kemudian meletakkan bangkai kucing di atasnya,” tambah Michele.

Vietnam dilaporkan mengharamkan restoran kucing pada 1997 ketika berlakunya wabak tikus namun industri tersebut terus bertahan, katanya.

Beliau mendakwa daging kucing amat popular di Vietnam hingga banyak kucing diseludup dalam trak yang sesak dari negara China dan Laos untuk memenuhi permintaan untuk dijual di pasar daging kucing.

Walau bagaimanapun, pemakan hidangan tersebut dikatakan terdedah kepada risiko kesihatan yang boleh menyebabkan kematian disebabkan jangkitan yang dibawa kucing terbiar.

Namun, risiko ini tidak menghalang para pelancong untuk tetap mencuba makanan tersebut sebagai ‘kenangan’ menikmati hidangan eksotik di negara itu.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan didakwa bertindak memakan kucing hidup sehingga terburai perut di pasar Kemayoran, Jakarta Pusat bagi menakutkan peniaga yang enggan menutup gerai mereka di kawasan yang dipertikai di sana.

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.

Nur Farra