Siakap Keli
Kredit: Bernama

“Saya Dan Suami Sering Dapat No 1 Hingga 3 Dalam Kelas”, Ibu ‘Frust’ Anak 7 Tahun Tak Skor Di Sekolah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila anak tunggalnya yang berusia 7 tahun tidak mendapat anugerah ketika hari kecemerlangan sekolah.

Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak, namun kadangkala kita tidak sedar bahawa cara didikan yang diamalkan hakikatnya menambah bebanan mereka bagi memenuhi harapan sendiri.

Pakar Psikoterapi dan Kaunseling (Kemurungan dan Kebimbangan) Access Counselling Services, Dr Meriam Omar Din pernah berkata, kebanyakan masalah kesihatan mental yang semakin serius adalah berpunca dari rumah.

Menurut laporan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2017, seramai satu daripada lima remaja berasa tertekan, dua daripada lima berasa bimbang manakala 11.2 peratus mempunyai rasa ingin bunuh diri serta 10.1 peratus cuba untuk membunuh diri.

Gambar hiasan. (Kredit: Simplife)

Oleh itu, sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab ke atas kesihatan mental, fizikal dan spiritual mereka.

Baru-baru ini, seorang wanita dikecam warga maya setelah mengaku kecewa apabila anaknya tidak mendapat anugerah kecemerlangan di sekolah. Berikut adalah perkongsiannya di laman IIUM Confessions.

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kerana sudi post masalah aku ni. Mungkin kecil pada sesetengah orang tapi besar bagi aku.

Saat aku menulis, masa telah menginjak jam 12 malam. Anak dan suami sudah tidur. Aku ambil masa ini untuk menenangkan fikiran. Sambil mencoret di IIUM Confession sebagai salah satu ikhtiar untuk aku mencari jawapan pada permasalahan aku melalui nasihat dan perkongsian positif kalian.

Aku Emilia (bukan nama sebenar) seorang pensyarah di universiti swasta manakala suamiku seorang doktor pakar. Kami mempunyai seorang anak lelaki yang kini belajar di darjah 1.

Di akhir tahun ini, pastinya sekolah akan membuat majlis anugerah bagi pelajar cemerlang. Sekolah anak aku tidak terkecuali.

Apa yang aku ingin ceritakan. Aku kecewa. Sebab anak aku langsung tidak tersenarai dalam mana-mana anugerah tersebut. Aku meletakkan harapan yang tinggi kerana hanya dia anak yang aku ada.

Ketika peperiksaan akhir tahun menghampiri, aku bertungkus-lumus belajar buku-buku teks anakku dan mengajarnya kembali.

Gambar hiasan. (Kredit: Safe Bee)

Aku rasa aku dah cover 100% silibus dalam buku teks anakku tapi aku ralat dan kecewa kerana dia tidak dapat markah 100% pun dalam mana-mana subjek. Malah ada juga subjek yang dapat B.

Aku dan suami sewaktu kecil kami sering mendapat no 1 hingga 3 dalam kelas. Tapi tidak pada anak ku.

Aku rasa kecewa dan sedih. Apatah lagi melihat rakan-rakan Facebook dan Instagram masing-masing post gambar keputusan cemerlang dan anugerah yang anak mereka dapat.

Aku rasa seolah-olah aku ibu yang gagal. Gagal dalam mendidik anak aku menjadi cemerlang. Aku tidak tahu mana silapnya, mana salahnya. Aku stress sorang-sorang.

Buka Facebook dan Instagram, semua orang post mengenai anugerah yang diterima, result cemerlang di sekeping sijil. Di pejabat juga, sibuk bercerita anak masing-masing menghadiri hari anugerah sekolah.

Kata orang, kebijaksanaan anak-anak itu datang dari ibu bapanya. Sedangkan anak ku merupakan anak seorang doktor pakar dan pensyarah tapi tidak dapat keputusan yang sebegitu.

Belum lagi tekanan dari sepupu dan saudara-mara yang rata-rata dapat naik ke pentas menerima hadiah. Semua post gambar di group WhatsApp keluarga. Tapi anak aku?

Gambar hiasan. (Kredit: Everyday Health)

Anak aku ini merupakan anak tunggal dalam keluarga kecil kami. Tinggi harapan aku dan suami untuk dia berjaya. Aku takut, aku tersilap dalam mendidik. Aku takut, aku tersalah dalam mengajarnya. Kerana peluang aku membesarkannya hanya sekali.

Aku tiada anak lain lagi. Dia lah satu-satunya anak aku. Aku cuma berharap dia berjaya dunia akhirat. Untuk makluman pembaca, aku sukar hamil. Jadi, tipis untuk ada anak lain lagi. Jadi, dialah anak tunggal yang aku dan suami ada.

Aku harap, pembaca dapat memberikan idea dan cadangan atau mungkin perkongsian bagaimana aku nak mendidik anak aku supaya cemerlang dunia akhirat.

Untuk hantar tuisyen, jadual anakku sudah penuh dengan sekolah sesi pagi dan petang, kemudian aktiviti sukan lain pada hujung minggu. Malam pula hanya tinggal masa untuk siapkan kerja rumah. Jadi, aku tidak tahu macam mana lagi untuk aku selitkan tuisyen dalam jadualnya.

Harap para ibu bapa yang mempunyai anak cemerlang sudi berkongsi tips dengan aku. Aku buntu. Aku stress kalau anak aku tak cemerlang. Aku ingin dia naik pentas juga.

Sebagai respon kepada luahan tersebut, ramai netizen menasihati wanita berkenaan agar bersyukur dan menghargai anaknya yang masih muda itu.

Anak saya tak cemerlang pelajaran, tapi cemerlang dalam bidang lain

Seorang bapa berkongsi kisah isterinya terlantar dan anak-anaknya yang masih di sekolah rendah lah yang menjaga ibu mereka ketika beliau pergi bekerja.

Bersyukurlah kerana ada ibu bapa di luar sana yang hanya mampu anak mereka sihat, normal dan masih hidup pada usia 7 tahun

Kalau sekolah tak beri anak sis hadiah, sis belikan untuk dia ya

Puan nak anak cemerlang untuk kebaikannya atau untuk bermegah-megah?

Bagi pendidikan, tapi emosi anak terisi tak? Setiap anak ada keistimewaannya

Selain siapkan kerja sekolah, biarkan dia bermain

Masa kecil tak pernah dilihat sebagai kanak-kanak yang bijak, tapi sering dapat dekan dan pointer yang baik setiap semester

Pandang positif

Pelajar sekolah bunuh diri

Sementara itu, seorang guru turut meninggalkan nasihat buat wanita berkenaan.

“Saya seorang guru dan ini pesanan pertama saya untuk awak, biarkan anak awak bermain dan meneroka. Apa paling penting ialah dia dapat membaca, menulis, mengira dan bercakap dengan baik.

“Jangan terlalu memberi penekanan terhadap kecemerlangan akademik pada usia yang terlalu muda. Saya ada pelajar yang amat bekerja keras tetapi pemalu, kekok dan cemas kerana apa mereka tahu ialah belajar.

“Fokus kepada sikap dan personaliti mereka terlebih dahulu dan awak boleh beri galakan dan penekanan terhadap prestasi akademik seiring perkembangannya.

“Sementara itu, biarkan mereka bermain dan bergembira.”

Tekanan yang melampau sama ada di rumah atau sekolah boleh mengakibatkan kemurungan kepada kanak-kanak dan remaja sehingga boleh mengakibatkan mereka mengambil keputusan yang salah. Inilah yang berlaku kepada seorang pelajar tingkatan satu di Georgetown yang membunuh diri akibat tertekan dengan kerja sekolahnya.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook turut menulis ‘surat‘ buat wanita berkenaan yang kecewa apabila si anak tidak mendapat anugerah tersebut.

Si ibu pastinya menginginkan yang terbaik buat anaknya. Namun kadangkala penekanan keterlaluan dari persekitaran membuatkan kita meletakkan bebanan tersebut ke atas anak yang masih bertatih mengenali dunia persekolahan.

Semoga kita semua dapat menjadi ibu bapa yang terbaik dalam membentuk anak-anak cemerlang bukan sahaja dari segi akademik, malah akhlak, mental dan fizikal mereka.

Sumber: IIUM Confessions

Amira

Love yourself.

Nur Farra