Siakap Keli

Lelaki Ini Dipercayai Di Sihir Akibat Cemburu, Leher Bengkak Didakwa Keluarkan Nanah, Jarum Dan Rambut

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Amalan sihir, santau dan ilmu bercanggah ajaran Islam didapati masih diamalkan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Sihir merupakan satu perbuatan yang dilakukan secara halus secara tersembunyi atau ghaib  yang melibatkan makhluk halus. Perbuatan itu dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya untuk menyakiti seseorang atau mengubati penyakit. Penggunaan istilah sihir juga sering merujuk kepada ilmu hitam.

Menerusi perkongsian Facebook Ustaz Shamsuri Shafie, seorang pemuda telah mendatangi beliau untuk mendapatkan rawatan selepas dikatakan mengalami sakit misteri selama tiga bulan. Pemuda itu dipercayai telah terkena sihir akibat cemburu dengan perniagaannya.

Berikut adalah perkongsian dari Ustaz Shamsuri

Subhanallah seorang Ahli perniagaan serta pengusaha kedai resturent tumbang setelah terkena sihir dari pihak yang berhati busuk…leher mula membengkak dan mengeluarkan nanah selama 3 bulan tanpa henti

Berkat ikhtiar dan doa dengan izin Allah maka keluar dari leher tersebut jarum serta benang yang telah di pintal sebatu dengan nanah.

Derita pesakit ini pulih dengan rawatan dan ikhtiar melalui kaedah ruqyah Pusat Rawatan Islam At tobibi..mohon kalian mendoakan pesakit ini moga sihat seperti sediakala serta si pelaku sihir medapar hidayah Allah ..Allah jua Penyembuh..

Nasihat buat masyarakat diluar sana tidak kira agama/bangsa/warna kulit.janganlah sesekali mendekati perkara-perkara Syirik&Khurafat,jauhilah perkara sedemikian sesungguhnya Allah melaknat kehidupan kalian mahu di dunia juga akhirat…dokan lah kejayaan orang serta bergembira jangan pula ketawa dengan kesengsaraan orang lain..

Sumber: Shamsuri Shafie

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)